Presiden Telah Dihina, Tapi Penyokong Tetap Jilat PKR

Para penyokong PAS semacam dilanda wabak penyakit nyanyuk kalau tidak pun mengalami sindrom sakit otak akut. Prinsip wala’ dan tsiqah yang selama ini cukup mereka bangga-banggakan, telah menukarkan mereka sebagai zombie atau mayat hidup yang matlamatnya hanya untuk memakan otak manusia yang sihat.

Sudah berjuta kali pendedahan dibuat bagaimana PKR sebenarnya tidak pernah ikhlas dengan PAS. PKR hanya mahu mempergunakan PAS. PKR hanya melihat jumlah ahli PAS yang ramai, bodoh, jahil dan buta perut yang boleh mereka tunjal-tunjalkan dan kemudian dikerah untuk melaksanakan perancangan jahat PKR.

Kita perhatikan sahaja. Sepanjang tahun 2008 sehingga 2013, berapa banyak demonstrasi yang dianjurkan oleh PAS berbanding PKR. Demonstrasi-demonstrasi tersebut untuk siapa? Adakah untuk parti atau sekadar untuk memenuhi kehendak DAP dan Anwar Ibrahim (PKR) semata-mata?

Dan berapa banyak pula demonstrasi yang dikerahkan kepada ahli-ahli PAS agar hadir beramai-ramai dan dianjurkan pula oleh PKR dan DAP? Apa yang berlaku selepas itu ialah segala keburukan terpaksa ditanggung oleh PAS sedangkan PKR dan DAP pula tidak sahaja berlepas tangan, bahkan mereka berpura-pura tidak tahu.

PRU-13 mencerminkan niat sebenar PKR. PKR seperti tahun-tahun sebelumnya main cekup sesiapa sahaja yang menyokong mereka untuk dijadikan calon. Di Terengganu, PKR yang kemaruk hendak menguasai kerusi yang ditandingi telah meletakkan calon-calon yang pada pandangan PAS setempat sebagai mencacatkan. Akhirnya PAS turut meletakkan calon di situ, dan berlakulah pertembungan tiga penjuru yang menyaksikan kemenangan berpihak kepada UMNO-BN.

Para pemimpin PKR mengamuk dan memaki hamun Presiden PAS. Tidak cukup dengan itu, ramai juga pemimpin dan ahli-ahli PAS yang turut memaki hamun serta menjahilkan tok guru mereka sendiri semata-mata kerana pendiriannya, tidak akan menyokong sesiapa sahaja yang dilihat tidak bersih, terlibat dengan kegiatan tidak bermoral serta jenayah.

Ketika mengulas pertembungan tersebut, Hadi Awang dalam ceramahnya menyatakan PAS tidak sanggup menerima calon yang terlibat dalam penjualan pil kuda tanpa menamakan sesiapa.

Ketua AMK Dungun yang juga calon PKR untuk DUN Bukit Besi terasa hati dan kemudian mendesak Hadi Awang agar menjelaskan maksud ceramahnya dan orang yang dimaksudkannya sebagai penjual pil kuda. Hadi Awang enggan melayan tuntutan tersebut.

Shamsul Mohd Amin kemudiannya menfailkan saman fitnah ke atas Presiden PAS itu setelah turut digalakkan oleh Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin. Sekali lagi Hadi Awang enggan melayan kerenah Shamsul Mohd Amin dan AMK. Tiga kali dia gagal hadir dan pembelaan juga tidak dibuat, akhirnya mahkamah tidak ada cara lain melainkan memerintahkan Hadi Awang membayar ingkar perintah mahkamah berjumlah RM2 juta berserta RM1,500 kos mahkamah.

Di Kajang, PAS terus setia membantu PKR walaupun ketika PRU-13, PAS sekali lagi menjadi mangsa cemuhan PKR ekoran PAS meletakkan calon di Semenyih yang menyaksikan kemenangan calon UMNO-BN di kerusi DUN itu.

PAS berada dalam Pakatan Rakyat. Tidak sepatutnya tindakan saman diambil oleh Shamsul Mohd Amin terhadap Presiden PAS apatah lagi Hadi Awang tidak menamakan sesiapa pun sekalipun mendakwa mempunyai bukti-bukti kukuh. Malah sikap Hadi Awang yang buat tak peduli sahaja sepatutnya sudah dimaklumi oleh PKR bahawa Presiden PAS itu enggan memanjangkan lagi perkara berkenaan kerana ia boleh menyebabkan perpecahan dalam Pakatan Rakyat.

Malangnya, PKR bukanlah ‘sebaik’ Hadi Awang. PKR mempunyai dendam kesumat yang cukup menebal kepada PAS. Sama seperti dendamnya DAP kepada PAS yang mahu menyaksikan PAS menjilat telapak kaki Guan Eng sepanjang masa.

Ironinya, sudah ada dari dalam kem PAS sendiri yang mendesak Hadi Awang agar berundur dari jawatan Presiden PAS dan menyerahkannya kepada Mat Sabu atas isu yang menurut mereka, memalukan PAS!

Sungguh aneh cara pemikiran puak-puak PAS ini. Mereka tidak mempertahankan Presiden mereka sendiri kerana yang menyerang, menghentam, membelasah, memaki hamun dan menyaman itu adalah dari PKR sebaliknya mereka lebih berpihak kpeada PKR dan DAP yang enggan melihat Hadi Awang terus memerintah PAS di samping cuba mengembalikan semula PAS ke laluan sebenar parti tersebut.

Justeru, kalau selama ini mereka cuba menafikan tentang politik PKR dan DAP yang sudah bersarang dalam PAS, perkembangan terkini pula menunjukkan mengesahkan, PAS hanyalah sebuah jenama untuk mengumpulkan Melayu totok yang berangan-angan untuk hidup di dalam syurga bagi keperluan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana