Peluang cerah Chew menang di Kajang

Calon Barisan Nasional (BN) Datin Paduka Chew Mei Fun mempunyai kemampuan dan berpeluang cerah untuk menang pada pilihanraya kecil DUN  Kajang pada 23 Mac ini.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Chew yang juga naib presiden MCA mempunyai pengalaman menjadi wakil rakyat kerana pernah menjadi anggota Parlimen Petaling Jaya Utara selama dua penggal mulai 1999 hingga 2008.

"Chew merupakan calon terbaik BN dalam memastikan kemenangan BN dalam PRK Kajang kerana DUN Kajang merupakan kawasan yang pernah dimenangi BN beberapa kali menerusi calon MCA pada pilihan raya yang lepas sebelum pembangkang memerintah negeri Selangor," katanya di Putrajaya Khamis.
kunan7xx
Tengku Adnan berkata demikian ketika ditanya sama ada Chew berpeluang menang pada PRK Kajang dan mampu menarik pengundi atas pagar yang merupakan antara faktor penting dalam memastikan kemenangan BN kelak.

Kerusi DUN Kajang kosong selepas wakil rakyatnya Lee Chin Cheh dari PKR meletak jawatan pada 27 Jan lepas untuk memberi laluan kepada Ketua Umum parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.

Dalam pada itu, Tengku Adnan berkata pembangkang secara sengaja menggunakan pihak berkuasa tempatan untuk menurunkan poster-poster berkaitan BN di sekitar Kajang.

"BN tidak melakukan perkara itu (menurunkan poster parti lawan) apabila memerintah sesebuah negeri..tak mengapa itu cara pembangkang, apa yang penting semua parti komponen BN harus bekerja keras dalam PRK DUN Kajang dalam memastikan kemenangan BN kelak," katanya.

Tengku Adnan juga berkata persiapan jentera BN untuk PRK DUN Kajang berjalan lancar dan hari ini beliau menghadiri mesyuarat pengurusan BN yang dipengerusikan Timbalan Pengerusi BN yang juga Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mesyuarat itu membincangkan mengenai persiapan dan perancangan parti komponen BN menghadapi PRK DUN Kajang, katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana