Mahkamah perintah ADUN Batu Buruk bayar RM20 ribu kepada MB Terengganu

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Terengganu hari ini memerintahkan wakil rakyat pembangkang Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan tiga yang lain untuk membayar RM20,000 kepada Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.

Terdahulu Hakim Yeoh Wee Siam telah mengarahkan kedua-dua pihak menfailkan hujahan pada 30 Julai 2012 berhubung isu sama ada defendan kedua menfailkan saman itu dalam kapasiti peribadinya, atau sebagai Menteri Besar.

Syed Azman yang juga merupakan ADUN Batu Buruk menerusi artikelnya bertajuk ‘Seleweng RM30 juta Bantuan Sekolah’, telah menuduh Ahmad Said terlibat dengan penyelewengan berkaitan bantuan sekolah berjumlah RM30 juta.

Pada 8 Disember 2011 selepas sesi akhir persidangan Dewan Undangan Negeri, Ahmad Said menjelaskan, dalam laporan Ketua Audit Negara kontrak pembekalan pakaian hanya satu tahun iaitu pada tahun 2009 dengan nilai kontrak sebenar RM7.995 juta.

Ahmad Said berkata bahawa bantuan pakaian sekolah hanya diberi pada 2009 sedangkan pada 2008 dan 2010 bantuan adalah dalam bentuk wang tunai.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana