Kajang: Mission Impossible selalunya berjaya... - Ahmad Maslan

Ketika ramai beranggapan pilihanraya kecil DUN Kajang merupakan mission impossible untuk Barisan Nasional menang, ini diambil kira, majoriti 6,824 yang dimenangi oleh PKR dalam PRU 13 lalu.

Untuk DUN yang mempunyai 39,278  pengundi, majoriti hampir tujuh ribu itu agak besar... sebab itu ramai yang anggap ini mission impossible untuk BN menang.

Dalam PRU13, calon PKR Lee Chin Cheh mendapat 19,571 undi berbanding calon Barisan Nasional Lee Ban Seng yang mendapat 12,747 undi. PKR menang dengan majoriti 6,824 undi.

Tapi bagi Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan yang telah turun ke DUN Kajang sepuluh kali sejak diumumkan kosong... mission impossible selalunya berjaya.

Katanya, jika ikut filem Hollywood popular Mission Impossible, semua misi mustahil tersebut berjaya.

"Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim kalah (di Kajang) itu pukulan terhebat kepada beliau. Ia bukan perkara mustahil. Mission impossible selalunya berjaya..."ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyertai ceramah kelompok di Kampung Sungai Sekamat DUN Kajang malam Rabu yang turut dihadiri calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun.

Menurut Ahmad, BN memerlukan 3,500 undi baru, samada undi dari pengundi yang sebelum ini undi PKR, atau orang atas pagar, atau pengundi BN yang sebelum ini tidak keluar mengundi untuk menang di Kajang.

"Kita akan bekerja kuat untuk mencapai sasaran menang di Kajang..."katanya.

Sebelum itu Timbalan Menteri Kewangan itu juga membangkitkan soal keadilan BN dalam pengkongsian kuasa bersama kaum-kaum lain di negara ini.

"Keadilan dari segi meletakkan calon di PRK Kajang yang bukan Melayunya 52 peratus, kita bagi MCA bertanding, tapi PKR dengan meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kajang, dia tak menghormati perkongsian kuasa,"katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana