Baik Punya Sound....Saman RM 2 juta Presiden PAS : You boleh nilai sendirilah - MB Terengganu

Apa makna parti yang dikatakan memperjuangkan Islam sekiranya pucuk pimpinannya didapati bersalah oleh mahkamah kerana memfitnah orang. Sedangkan di dalam Islam jelas memperkatakan bahawa fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh.

Ini merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu baru-baru ini yang mengarahkan Presiden PAS Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang supaya membayar saman RM2 juta kepada Mohd Shamsul bin Mat Amin, calon PKR kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Terengganu.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said pada mulanya enggan mengulas soalan Agendadaily berhubung keputusan saman fitnah tersebut.

Bagaimanapun bila diasak untuk memberi pandangan tentang ‘moralnya’ isu tersebut, beliau akhirnya berkata, “you boleh nilai sendirilah sebagai wartawan.”

“Saya sebut berulangkali sebagai sebuah parti hendak memperjuangkan Islam, you firnah orang lain sesuatu yng tidak kenalah”

Seterusnya beliau menambah, “sebab kita hendak menunjukkan Islam itu suatu agama yang sempurna, agama yang baik dan Islam juga menyebut fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh...itu dulu dari mulut ke mulut.”

Katanya, “sekarang twitter, facebook, instagram dan macam-macam ni, bayangkan dosa yang kita tanggung bila fitnah orang, kita kena faham sikitlah. Sebab tuhan jadikan kita sebagai manusia untuk berfikir, dengan teknologi yang ada sepatutnya kita menambah ilmu pengentahuan dan kebolehan kita tetapi dengan teknologi yang ada kita sebarkan fitnah, tak ada makna.”

“Apa lagi parti yang dikatakan memperjuangkan Islam, tak selayaknya,” ujar Ahmad Said.

Beliau bercakap demikian di sidang media selepas menyaksikan penyerahan dokumen oleh Pengerusi Chicken Cottage, Mohammed Khalid kepada Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Incorporated Sdn Bhd, Datuk Wan Ahamad Wan Muda di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, petang Rabu.

Semenatara itu Senator Datuk Abdul Rahman Bakar yang juga digelar ‘The Giant Killer’ kerana pernah dua kali mengalahkan Haji Hadi pada pilihan raya umum tahun 1986 dan 2004 menganggap keputusan mahkamah itu betul berdasarkan fakta dan bukti.

Menurutnya, Hadi tidak boleh engkar pada keputusan tersebut dan perlu membayar saman itu tanpa perlu mengambilkira samada beliau seorang presiden parti apapun. Keputusan mahkamah itu menunjukkan beliau (Hadi) bersalah.

Beliau yang ditemui di program yang sama berkata, “fitnah itu tidak sewajarnya dilemparkan tanpa sebarang bukti yang nyata, Hadi telah melakukan suatu kesilapan besar yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang pemimpin tertinggi sebuah parti.”

“Keputusan mahkamah itu amat wajar dan setimpal dengan apa yang dilakukan manakala Hadi perlu tampil berdepan bagi memperjelaskan isu itu dan penyokongnya pula jangan bersifat fanatik,” tambah Rahman yang juga Ketua Penerangan UMNO Terengganu.

Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu baru-baru ini membuat penghakiman ingkar dengan mengarahkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membayar saman RM2 juta kepada  Mohd Shamsul bin Mat Amin, calon PKR DUN Bukit Besi, Terengganu.

Selain itu, Abdul Hadi juga diarahkan membayar 5% faedah dari writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500.

Abdul Hadi disaman oleh Shamsul ekoran dakwaan Abdul Hadi bahawa ada calon PKR yang menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum ke 13 lalu.

Dakam perkembangan urusniaga yang meilibatkan kerajaan negeri Terengganu, TI Global Food Holding Limited (LTD) telah mengambil alih syarikat makanan halal antarabangsa yang berpangkalan di United Kingdom (UK) iaitu, Chicken Cottage Limited (UK) dengan nilai pelaburan berjumlah RM25 juta.

Menteri Besar Terengganu memberitahu pengambilalihan syarikat itu oleh TI Global Food Holding Limited yang juga anak syarikat  Terengganu Incorporated Sdn Bhd disifatkan sebagai penanda aras kepada usaha untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

Ahmad yang juga Pengerusi Terengganu Incorporated Sdn Bhd berkata, “Chicken Cottage adalah jenama makanan segera halal bertaraf antarabangsa yang berpangkalan di UK dan kini sudah berkembang menjadi salah satu rantaian makanan halal segera terbesar di UK dan mempunyai 151 francais seluruh dunia.”

“Kita yakin ia adalah satu pelaburan menguntungkan kerana halal bukanlah sekadar cara hidup tetapi ia juga adalah industri global,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Melalui pengambilalihan berjumlah RM25 juta itu, TI Global Food Holding Limited (LTD) menguasai 70 peratus kepentingan dalam syarikat makanan segera terbabit.

Sementara itu Ahmad yakin pulangan atas pelaburan itu akan diperoleh kembali dalam tempoh tiga hingga lima tahun lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana