Wanita dilantik Komandan PULAPOL

KUALA LUMPUR: Buat julung kali, seorang pegawai kanan wanita dilantik sebagai Komandan Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak di sini.

Beliau ialah SAC Nahariah Hussein, 57, yang sebelum ini bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah D1 (Pentadbiran) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Beliau menggantikan SAC Zulkifli Mohamad yang kini menyandang jawatan Ketua Penolong Pengarah (Perkhidmatan) Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Pelantikan Nahariah sebagai Komandan Pulapol yang ke-42 disaksikan Timbalan Pengarah (1) Jabatan Logistik Bukit Aman, Datuk Zubaidah Md Ismail di majlis yang diadakan di Dewan Pengaman Pulapol.

Nahariah yang ditemui kemudiannya berterima kasih kepada pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memberikan kepercayaan kepadanya untuk menerajui jawatan penting itu.

Foto: ZUBAIDAH (tengah) menyaksikan majlis serah terima tugas bekas Komandan PULAPOL kepada penggantinya.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL