Tuntutan fasakh: Nurul Izzah dan suami tidak hadir ke mahkamah

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar bersama suami tidak muncul selepas media menunggu kehadiran mereka hampir 10 jam di Mahkamah Syariah Jalan Duta.

Seperti yang difahamkan, hari ini Nurul Izzah akan menarik semula permohonan cerai secara fasakh terhadap suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim.

Penarikan itu dikatakan ekoran kedua-dua mereka berbincang semula dan mahu menyelamatkan alam rumah tangga yang sudah dibina sejak 10 tahun lalu.

Terdahulu, semakan fail di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur semalam mengesahkan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya.

Nurul Izzah, 34, anak sulung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfailkan permohonan itu hujung Disember tahun lalu.
   
Nurul Izzah memfailkan permohonan itu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.
   
Seksyen itu merupakan pembubaran perkahwinan yang memperuntukkan perceraian dengan talak atau dengan perintah mahkamah.
   
Kes itu pertama kali disebut di hadapan Hakim Syarie Ab Malek Awang dua hari lepas.

Mahkamah menetapkan 18 Februari ini untuk sebutan semula kes itu.
   
Pasangan itu berkahwin pada 9 Mei 2003 dan dikurniakan seorang anak perempuan berumur tujuh tahun dan seorang lelaki berumur empat tahun.

Majlis perkahwinan pasangan itu diadakan di kediaman bapa Nurul Izzah iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Bandaraya.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL