Sultan Selangor Tidak Perkenan Anwar?

Ketika ini wujud desas-desus yang kuat bahawa Sultan Selangor berkemungkinan tidak akan memberikan perkenan baginda jika wujud permintaan untuk melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar baru andai beliau menang kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang.
Sebaliknya, wujud kemungkinan calon PAS yang akan diperkenan oleh baginda.
Antara faktor adalah kerana Anwar bukan anak jati Selangor (walaupun Undang-Undang Tubuh Selangor 1959 membenarkan) dan keadaan bukan begitu terdesak sehingga perlu mengambil calon kelahiran negeri lain menjadi Menteri Besar.

PAS sebaliknya pula memiliki Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang lebih ramai berbanding PKR dan hampir kesemuanya berasal dari Selangor yang menimbulkan persoalan apa perlunya mengambil Anwar sebagai Menteri Besar.

Dengan PAS membuat bantahan secara terbuka apabila diperkudakan Anwar, kemungkinan besar perkenan tuanku tidak akan jatuh kepada Anwar, sumber memberitahu Mynewshub.
Tuanku juga dikatakan memahami sentimen rakyat yang sebahagian besar tidak mahu Anwar manakala sebahagian lagi mahu calon PAS mengantikan Khalid Ibrahim.

Kesilapan terbesar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam isu itu adalah kegagalan Khalid Ibrahim dan Anwar merafak sembah memaklumkan kepada Sultan Selangor akan rancangan parti itu.
Tindakan membelakangkan Sultan itu dikatakan tidak dapat diampunkan dengan mudah.
Sehingga semalam, baginda masih memperlihatkan kecenderungan menyokong Khalid dalam kemelut merebut jawatan Menteri Besar negeri berkenaan.

Walaupun laluan ke tahap sama ada Anwar berjaya menjadi Menteri Besar masih jauh dan belum tentu Anwar akan berjaya, namun tindakan istana Selangor perlu mula diberikan perhatian dari sekarang .
Kerana peranan istana rasanya yang akan menjadi kunci kepada penyelesaian di Selangor dalam masa beberapa minggu akan datang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana