Pembangkang Putar Belit Isu Kenaikan Harga Barang

 KUALA LUMPUR 21 Jan - Sikap sesetengah masyarakat Malaysia yang kurang mengkaji terlebih dahulu berhubung pengurangan subsidi barang mentah yang telah diambil oleh kerajaan sengaja diputar belitkan oleh pihak pembangkang.

Ketua Pemuda UMNO Bandar Tun Razak, Mohd Amir Abdul Halim menegaskan bahawa peniaga dan pembekal telah mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang berpunca daripada isu yang dimainkan pihak pembangkang.

"Kenaikkan ini berpunca daripada peranan pembangkang yang memainkan isu kenaikkan harga dan bila pembangkang menaikkan isu kenaikkan harga peniaga dan pembekal yang meraih keuntungan.

"Mereka (peniaga dan pembekal) menggunakan isu ini untuk menaikkan harga barang yang menekan kerajaan dan akhirnya menyusahkan rakyat," katanya kepada pemberita ketika membuat sidang media selepas meninjau harga barangan mentah sempena program Tinjauan Nadi Rakyat di Pasar Sg. Besi disini, hari ini.

Beliau turut menasihati kepada pengguna supaya bersikap rasional dalam menaikkan harga barangan kepada pengguna supaya rakyat tidak terasa tertekan.

"Peniaga jangan ambil kesempatan. Sebagai contoh sekirannya gula naik sekilo 20sen, manakala peniaga menaikan harga bagi segelas teh-O sebanyak 20sen. Adakah 20sen bagi kenaikkan sekilo gula itu dimasukkan ke dalam segelas minuman itu.

"Memang ada penarikkan subsidi oleh kerajaan tetapi peniaga yang sengaja mengambil kesempatan daripada isu yang dimainkan pembangkang," katanya.

Sementara itu, kerajaan akan campur tangan jika mekanisme harga barang di pasaraya tidak berjalan dengan baik dalam memastikan rakyat tidak terbeban.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan mengambil langkah intervensi untuk memastikan rakyat tidak dibebankan dengan harga barang yang tidak berpatutan.

“Hari Jumaat ini saya akan pergi ke pasar tani di sini bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Fama untuk tengok harga barang,” katanya pada perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan di sini, hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, harga sesetengah produk bukan dalam kawalan kerajaan malah ia bergantung dengan prinsip permintaan dan tawaran.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL