Bertenang: PM Ambil Pendekatan Bijak - Khairy
KUALA LUMPUR 28 Jan - Pergerakan Pemuda UMNO (PPUM) berpendapat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat tindakan yang bijak dengan menyeru agar rakyat bertenang berhubung isu perkauman dan agama yang sengaja dicetuskan pihak tidak bertanggungjawab.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, tindakan perdana menteri itu menunjukkan kerajaan tidak berat sebelah dan sentiasa memikirkan penyelesaian terbaik untuk setiap masalah yang timbul.
"Setuju dengan Perdana Menteri yang merupakan pendekatan terbaik, tidak mahu mengapi-apikan keadaan, tidak mahu dilihat berat sebelah. Kita ada penyelesaian terbaik, ini merupakan berpunca di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) seperti isu Bible serta kalimah Allah misalnya dan ia bukan soal kelemahan pimpinan pusat.
"Ini semua berkait, isu Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan berbagai polemik di Selangor," beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pergerakan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Sementara itu, Khairy yang juga merupakan Ahli Parlimen Rembau berkata, kerajaan negeri Selangor perlu menyelesaikan masalah dalaman pentadbiran negeri sebelum menawarkan perpaduan nasional bersama Barisan Nasional (BN).
"Tawaran itu tidak diterima Pakatan Rakyat (PR) selepas selesai Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) kerana mereka terus mempersoalkan keputusan pilihanraya. Bila tak dapat membuktikan isu berkaitan 40 ribu pengundi banglaDESH, baru mereka nak bangkitkan soal perpaduan ini.
"Eloklah (kerajaan negeri) Selangor selesaikan isu ini dahulu sebelum minta perpaduan daripada kerajaan pusat. Ada ruang jika mereka dapat mengatasi kepimpinan yang lemah, buat masa ini kita tidak setuju kerana masalah berpunca di negeri Selangor," tegas beliau.

Comments