ABIM saran Sinar Harian batal debat isu kalimah Allah...Adakah SInar Harian Untuk Dapatkan Publisiti?

SHAH ALAM: Penganjuran debat tidak akan mampu menyelesaikan berhubung polemik isu penggunaan kalimah Allah, demikian menurut Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz.

Menurut beliau, hal ini kerana perkara tersebut amat bersangkutan dengan perkara-perkara yang melibatkan isu teologi yang akan mengundang sensitiviti masyarakat.

Beliau merujuk kepada penganjuran Wacana Sinar Siri 26 yang bakal membincangkan topik 'Perdebatan Hujah Isu Kalimah Allah Dari Perspektif Undang-Undang' pada 27 Januari ini.

Perdebatan itu dirancangkan antara Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar dengan ahli Jawatankuasa PAS pusat, Khalid Samad yang juga ahli Parlimen Shah Alam.

Susulan itu, katanya, ABIM telah menyerahkan surat kepada pihak akhbar Sinar Harian untuk menyarankan agar penganjuran debat tersebut dibatalkan.

"Isu-isu agama yang melingkari masyarakat seperti ini harus diselesaikan menerusi perbincangan yang melibatkan kumpulan ilmuan yang sentiasa berlapang dada dan mengambil pendekatan bersederhana dari kelompok kedua-dua pihak," katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, tindakan tersebut diambil setelah ABIM menilai perdebatan yang melibatkan dua tokoh politik tersebut tidak akan memberi sebarang jalan penyelesaian bahkan bertambah buruk apabila isu ini yang asalnya bersifat teologi secara langsung diheret kepada perkara lain yang lebih sensitif yang melibatkan perundangan dan institusi Raja.

Dalam pada itu, tambahnya, penganjuran perdebatan tersebut juga boleh dianggap perjudis kerana ia masih belum lagi didengar di peringkat Mahkamah Persekutuan.

"ABIM juga menyeru semua pihak khususnya media untuk mengenengahkan pandangan sederhana dan bersifat ilmiah khususnya dari kelompok agamawan Islam dan Kristian yang merupakan 'silent majority' bagi memastikan polemik ini dapat disejukkan," tambahnya.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL