Ustaz Kazim Elias sudah dipecat - Tuan Ibrahim

SHAH ALAM: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pendakwah bebas, Mohammad Kazim Elias telah dipecat dari parti itu sejak Mei lalu.

Kenyataan itu sekaligus menjelaskan kedudukan sebenar keahlian pendakwah popular itu yang didakwa masih lagi ahli PAS.

"Beliau telah dipecat oleh parti Mei lalu," katanya melalui sistem pesanan ringkas yang dipetik daripada laporan Sinar Harian.

Beliau diminta mengulas dakwaan Ketua Pemuda PAS Perak, Raja Ahmad Iskandar kelmarin bahawa Umno, yang melantik Mohammad Kazim sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno, tidak menyedari Mohammad Kazim merupakan ahli PAS sejak 1998.

“Dewan Pemuda PAS Perak ingin membuat pengesahan bahawa Mohammad Kazim adalah ahli PAS sejak 17 Julai 1998 dengan nombor keahliannya 0475276 di bawah cawangan Kampung Manjoi di Tambun (Perak),” katanya.

Mohammad Kazim dikatakan tidak pernah mengisi borang keahlian Umno.

Sebelum ini Antarapos melaporkan Kazim mendakwa beliau tidak pernah keluar daripada PAS dan tidak menerima surat pemecatan.

“Ya, memang saya ahli PAS. Saya tidak pernah keluar daripada PAS walaupun dulu ada ura-ura kata saya dipecat daripada PAS, tapi tak ada surat pemecatan atau (surat) jawatankuasa disiplin kepada saya.

“Sepatutnya PAS merasa sikit malu dengan Umno kerana boleh menjemput orang di luar Umno untuk berada dalam Majlis Tertinggi Umno dan PAS tidak pernah menjemput saya, apatah lagi menjadi teman yang mesra,” kata beliau pada sidang media di Setapak semalam.

Katanya, beliau masih belum memutuskan untuk menerima pelantikan sebagai ahli MT itu dan bercadang menemui Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, untuk mengetahui rancangan sebenar berhubung pelantikan tersebut.

Katanya, beliau ingin mendapatkan jaminan agar pelantikan itu tidak menghalang kerja dakwah yang dilakukan sehingga kini.

“Buat masa ini, saya masih berfikir sama ada mahu menerima atau tidak pelantikan tersebut. Tunggu lepas saya buat solat istikharah dulu.

“Saya tak mahu kerja-kerja dakwah saya dalam internet, Youtube dan televisyen terhalang disebabkan persepsi (iaitu) bila seorang ustaz masuk Umno, (dia) akan dihalang dan tertutup (kerja dakwah).

“Saya nak tengok jaminan adakah tangan saya terikat (dan) mulut saya terkunci untuk menegur apa-apa kesalahan tanpa terikat seperti sekarang,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL