Solat atau menunjuk-nunjuk solat?

Secara tidak sedar amalan-amalan kita boleh juga menjadi hijab kepada diri sendiri iaitu beramal, tetapi bertambah dosa-dosa kita kerana orang yang beramal itu lebih mudah dijangkiti virus iaitu riak.

Apa itu riak? Riak ialah orang yang beramal supaya dilihat oleh orang lain. Riak juga termasuk dalam dosa-dosa besar iaitu syirik khofi dan membatalkan pahala sesuatu ibadah.

Mungkin orang yang jahil dalam ilmu ini akan berkata, "amal diterima atau tidak adalah hak Allah SWT. Kita buat sajalah segala suruhan dan jauhi larangan-Nya. Kita tidak layak nak menghukum sesuatu."

Ulamak Sufi menitik beratkan betapa bahayanya dosa batin ini... hakikatnya dosa batin lebih sukar nak dirawat dan diubati dari dosa zahir dan ia menjadi fardu ain bagi kita untuk menghilangkannya.

Gambar di atas adalah solat dari Unit Amal PAS Tanpa lapik, di tempat lalu lalang orang ramai, berlumpur tanah, kotor dan sebagainya yang anda boleh lihat sendiri.

Saidina umar pun tak solat dalam gereja walau gereja itu bersih, susah sangat ke nak wasatiah? Susah sangat ker nak ke masjid? Suka sangat ker tunjuk bahawa solat itu memerlukan tempat yang sesuai, imej Islam pada pandangan masyarakat lain macamana?? Adakah dengan solat seperti itu mampu menarik orang mendekati islam. Agama bukan untuk ditakburi tetapi difahami.

Setidak-tidak pun, dengan makmum hanya seramai itu,
alangkah baiknya jika solat tersebut dibuat didalam surau atau dewan, sekolah atau tempat yang lebih selesa dan sesuai untuk beribadah Atau jemaah ini mungkin takut orang tak nampak apa yang mereka sembahyangkan??? Fikir-fikirkanlah nanti cakap lebih-lebih puak ni marah maki hamun tak percaya tunggu je lah komen di bawah ini nanti...

Comments

Popular posts from this blog

Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN

MPM : Apa Masalah MCA Sepakat dengan DAP?