Schumacher Koma Selepas Terjatuh Bermain Ski Di Pergunungan Alps Perancis

GRENOBLE: Bekas juara tujuh kali Formula Satu (F1), Michael Schumacher, menjalani pembedahan otak dan dilaporkan dalam keadaan kritikal selepas terjatuh ketika bermain ski di pergunungan Alps Perancis, awal pagi Isnin.

Schumacher, 44, yang mengumumkan bersara dari sukan F1, kini dilaporkan dalam koma dan terpaksa menjalani pembesahan neuro.

“Keadaannya kini kritikal," demikian menurut Hospital Grenoble di selatan Perancis dalam satu kenyataan.

Schumacher dilaporkan bermain ski bersama anak lelakinya berusia 14 tahun di pusat peranginan Meribel Resort, di mana mereka mempunyai hartanah di sana sebelum terjatuh dan kepalanya terhantuk pada batu.

Beliau telah dikejarkan ke hospital menggunakan sebuah helikopter, tetapi jurucakap untuk resort ski tersebut berkata kecederaan Schumacher tidak begitu serius.

Bagaimanapun, Schumacher dipindahkan ke Grenoble kerana kecederaannya dilaporkan serius daripada yang disangka sebelum ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana