Pelakon Wan Maimunah akhiri zaman janda dengan lelaki tujuh tahun lebih muda ....Semoga Berbahagia..Aamiin

KUALA LUMPUR: Sekian lama hidup menjanda, pelakon veteran yang terkenal dengan watak sedih dalam drama, Wan Maimunah Wan Abdul Aziz, 60, bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan berasal dari Johor yang tujuh tahun lebih muda darinya, 13 Disember ini.

"Kami mula berkenalan kira-kira dua bulan lalu sebelum bersetuju untuk berkahwin tidak berapa lama selepas perkenalan itu. Saya tidak pernah menjangka akan kembali bergelar isteri apatah lagi pada usia seperti ini, namun kita tidak dapat melawan ketentuan takdir Allah.

"Dalam waktu yang sama, saya turut bersyukur dan terharu kerana masih ada individu yang bersedia menjadi tempat berlindung dan menumpang kasih dan sayang," katanya dipetik dari Utusan Malaysia.

Mendedahkan lebih lanjut, Wan Maimunah berkata mereka akan dinikahkan di sebuah hotel di Johor Bahru, selepas maghrib.

Tambah pelakon yang pernah membintangi lebih sepuluh filem antaranya Soalnya Siapa dan Jimi Asmara, semenjak berita dirinya bakal kembali berkahwin diketahui umum, tidak kurang ramai pihak yang menghubunginya dan melemparkan kata-kata negatif berhubung perancangannya itu.

"Sesungguhnya saya amat sedih apabila ada suara-suara yang melemparkan kata-kata kurang manis seperti saya sudah tua namun masih gatal dan sebagainya.

"Sejujurnya saya bersetuju dengan perkahwinan ini bukan disebabkan hawa nafsu atau harta dunia. Tetapi saya mencari teman hidup, sekurang-kurangnya saya mempunyai peneman hidup yang dapat berkongsi waktu susah dan senang. Walau apa tohmahan masyarakat sekeliling, saya berharap mereka di luar sana dan peminat akan mendoakan kebahagiaan saya," ujarnya.

Selain majlis pernikahan, pihak keluarga Wan Maimunah turut merancang untuk mengadakan majlis resepsi ringkas di Pasir Gudang pada keesokan harinya.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL