Norian Mai Yakin PDRM Mampu Kawal Himpunan 31 Dis

SHAH ALAM 30 Dis - Yayasan Pengaman Malaysia (YPM) yakin pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) mampu menjalankan tugas secara tegas bagi memastikan tiada sebarang perkara buruk akan berlaku menjelang perhimpunan pada 31 Disember ini.

Timbalan Pengerusi YPM, Tan Sri Norian Mai berkata, pihak PDRM juga perlu segera mengambil tindakan sewajarnya kepada individu yang cuba menghasut peserta himpunan tersebut melalui laman sosial.

"Kita berkeyakinan dengan keupayaan PDRM untuk menangani situasi yang buruk yang mungkin berlaku pada himpunan esok.

"Dalam konteks menaikkan semangat atau mengajak pihak lain kepada suatu perbuatan yang melanggar undang-undang negara, tindakan yang tegas perlu diambil terhadap individu tersebut.kerana ia dianggap ancaman kepada negara," kata kepada pemberita semasa sidang media di Ibu Pejabat YPM di Wisma Sunway di sini hari ini.

Norian Mai turut berpendapat bahawa kebimbangan demontrasi di Malaysia bakal menjadi seperti demonstrasi di negara-negara timur tengah atas beberapa faktor.

"Senario adalah berbeza jadi saya rasa rakyat di negara ini juga faham selain perkembangan politik di Malaysia tidak sama dengan fahaman seperti 'Arab Spring'.

"Saya juga yakin dengan masyarakat Malaysia yang dilihat mampu berfikir secara rasional dan ianya pasti mampu mengelak keadaan seperti di negara Arab," katanya.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh telah memberi amaran keras terhadap individu atau kumpulan yang mengadakan perhimpunan haram 'menggulingkan kerajaan' di Dataran Merdeka pada 31 Disember ini.

Beliau berkata, pihak polis tidak teragak-agak menahan pihak yang cuba mencetuskan huru-hara di bawah Akta Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)(SOSMA) 2012.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana