Isu Kalimah Allah : Perkasa Selangor Gesa Paderi Mohon Maaf

SHAH ALAM 29 Dis - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Bahagian Selangor hari ini menggesa Lawrence Andrew memohon maaf secara terbuka berhubung satu kenyataannya yang disiarkan di portal berita, The Malaysian Insider.

Menurut Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya, beliau berkata Andrew, yang juga pengarang mingguan Katolik, Herald seharusnya membuat kenyataan maaf secara terbuka supaya rakyat Selangor khususnya dapat melihat dan menerima perkara itu secara keseluruhannya.

"Kenyataan maaf ini harus dibuat secara terbuka sepertimana yang dia (Lawrence) buat dalam The Malaysian Insider berkenaan kenyataan untuk terus menggunakan kalimah Allah di gereja.

"Ianya supaya, kami, rakyat Selangor boleh baca kenyataannya dalam The Malaysian Insider, sama ada untuk memohon maaf atau menarik semula kenyataan itu di laman portal tersebut," kata Abu Bakar.
 alt
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam satu sidang media di hadapan Ibu Pejabat Daerah Shah Alam, Seksyen 9, yang menghimpunkan hampir 50 ahli Perkasa Selangor selepas membuat laporan polis berhubung kenyataan paderi gereja katolik itu, di sini hari ini.

Pihak Perkasa Selangor membuat  tiga laporan polis pada jam 2.00 petang tadi yang mewakili tiga daerah di Selangor berkaitan isu penggunaan kalimah Allah di gereja Katolik sepertimana dilaporkan oleh portal berita The Malaysian Insider.

"Perkasa melihat perkara ini sebagai sesuatu yang cukup hebat, di mana Sultan Selangor telah bertitah bahawa selain agama Islam, agama lain tidak dibenarkan untuk menggunakan kalimah Allah.

"Perkara itu juga turut dipersetujui oleh Mahkamah Rayuan," tambah Abu Bakar.

Abu Bakar berkata, agama Islam merupakan agama persekutuan dalam Perlembagaan negara dan seharusnya ia dihormati oleh penganut agama lain dalam menjamin kesejahteraan dan ketenteraman sejagat.

Dalam pada itu, Abu Bakar turut memberi amaran kepada Andrew supaya menarik kembali kenyataannya sebelum orang Melayu Islam Selangor bangkit mengambil tindakan yang lebih tegas dan beliau menyifatkan tindakan Andrew sebagai mencabar undang-undang dan titah Sultan Selangor yang merupakan penaung agama Islam di negeri itu.

Sementara itu, beliau turut meminta kepada semua pemimpin-pemimpin melayu untuk tampil kehadapan dan berganding bahu dalam menghalang dan membanteras penggunaan kalimah Allah oleh pihak bukan Islam dalam upacara keagamaan mereka.

Terdahulu, portal berita The Malaysian Insider ada menyiarkan kenyataan Andrew pada 27 Disember lepas berhubung gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah ALLAH dalam perhimpunan mingguannya meskipun Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan menghantar notis peringatan kepada mereka berhubung enakmen negeri melarang bukan Islam menggunakan kalimah itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana