PAS bukan parti dakwah tapi politik...PAnas Telinga Mendengarnya

SHAH ALAM: PAS hanya menggunakan isu pelaksanaan hukum hudud untuk tujuan politik dan tidak pernah ikhlas untuk melaksanakannya, kata Mantan Naib Presiden PAS, Datuk Nakhaie Ahmad.

Beliau membuat kesimpulan demikian kerana PAS dilihat tidak bersungguh melaksanakan hukum-hukum Islam dalam lingkungan kuasa yang dimilikinya ketika memerintah Kelantan, Terengganu dan Kedah.

"Tetapi mereka tidak melaksanakan hukum-hukum Islam ataupun syariat Islam di dalam bidang kuasa kerajaan negeri,” katanya dalam satu wawancara dengan Antarapos.

Sebaliknya, kata Nakhaie, PAS memilih untuk melaksanakan hukum Islam dalam bidang kuasa kerajaan pusat seperti hukum hudud dan ini sekaligus adalah dalil mereka tidak ikhlas melaksanakan hukum Islam.

"Kalau mereka ikhlas, maka mereka menggunakan kuasa seperti dalam pendidikan Islam. Mereka berkuasa untuk melaksanakan sistem Islam sepenuhnya dalam bidang pendidikan Islam.

“Mereka juga berkuasa untuk melaksanakan undang-undang Islam dalam pengurusan tanah. Mereka (berkuasa) juga untuk melaksanakan hukum Islam dalam kerajaan tempatan,” katanya.

Bagaimanapun, tegas Nakhaie, PAS lebih cenderung menonjolkan perkara-perkara yang mereka tidak boleh buat bagi mencari alasan untuk menyalahkan pihak lain.

"Ini menunjukkan bahawa semuanya itu adalah permainan politik.

"Jika sekiranya mereka mahu melaksanakan hukum hudud secara serius pun, mereka seharusnya menyiapkan terlebih dahulu prasarana pelaksanaan hukum hudud yang kebanyakannya ada di dalam bidang kuasa kerajaan negeri," tambahnya.

Nakhaie mengingatkan bahawa masih ada banyak ruang untuk PAS memulakan pelaksanaan hukum Islam supaya apabila sampai ke peringkat pelaksanaan sebenarnya mereka memang benar-benar sudah bersedia.

"Undang-undang keterangan Islam, etika hakim Islam, prosedur jenayah Islam dan banyak lagi akta-akta dalam bidang kuasa kerajaan negeri boleh mereka wujudkan terlebih dahulu sebelum mengemukakan kepada kerajaan pusat untuk melaksanakan hukum hudud," katanya.

Nakhaie mengulangi kenyataan bahawa gelagat PAS ini jelas menunjukkan ia tidak ikhlas dan isu ini ditonjolkan sebagai permainan politik dan bukan melaksanakan tanggungjawab sebuah jemaah atau gerakan Islam.

"Pendekatan yang diambil oleh PAS apa pun tujuannya adalah pendekatan politik. Dan pendekatan politik mengutamakan kuasa dan dalam banyak hal untuk mendapatkan kuasa.

“Biasanya dan selalunya mereka melaksanakan prinsip 'matlamat mengharuskan cara'. Dan itu apa yang dilakukan oleh PAS sejak dahulu hingga sekarang.

“Dan tidak terjadi dalam PAS itu gerakan harakah Islamiah, prinsip-prinsip gerakan Islam yang berasaskan kepada dakwah bukan berteraskan dan bukan pendekatan politik dan ini tidak berlaku dalam PAS," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana