Ini drama apa...?

Sandiwara apa yang sedang ditayangkan oleh pemimpin-pemimpin PKR... semalam di DUN Selangor, kerajaan yang dipimpin PKR meluluskan kenaikan gaji yang tinggi dengan diluluskan oleh DUN tetapi hari ini Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali membantah.

Soalnya usul kenaikan gaji ini bukan benda yang boleh keluar dari otak Khalid sebagai MB sahaja, ia telah dibincangkan dalam mesyuarat Exco sebelum dibentangkan dalam DUN Selangor.

Untuk rekod, Agendadaily sudah main isu spekulasi naik gaji ini sejak minggu lepas, tak mungkin masa itu Anwar dan Azmin tak tahu.

BACA JUGA Gaji Khalid kini lebih mahal dari gaji Najib...

Pagi Khamis dalam sidang media di lobi Parlimen, Anwar berkata kenaikan gaji pemimpin tertinggi kerajaan dan ADUN Selangor terlalu tinggi dan dibuat secara mendadak.

Katanya, walaupun setuju dengan cadangan kenaikan gaji itu, beliau berpendapat kadar kenaikannya tidak munasabah.

"Saya setuju jika gaji dinaikkan tetapi pada pendapat saya menteri besar perlu menilai semua kadar tersebut dan memberi alasan munasabah kenaikan tersebut," ujarnya.

Gendang Anwar palu itu disambut oleh Azmin, juga di lobi Parlimen, Azmin pada sebelah petang menggesa kerajaan negeri menangguhkan pelaksanaan kenaikan gaji bagi menteri besar, exco, speaker, timbalan speaker dan ADUN Selangor agar penilaian semula dengan kadar berpatutan dapat dilakukan.

Azmin yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Selangor (BBC) Selangor berkata kadar kenaikan gaji yang diumumkan oleh Khalid itu terlalu tinggi.

Menurut Adun Bukit Antarabangsa itu, sepanjang tempoh cadangan pelaksanaan kenaikan gaji, Abdul Khalid tidak pernah berbincang dengan BBC.

"Kita tidak tahu bagaimana pelaksanaannya dan kerajaan negeri sudah umumkan semalam. Tidak ada perbincangan langsung yang dibuat bersama BBC," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana