Muhyiddin mohon maaf kepada keluarga Azizan

Ini la sikap pemimpin bn salah silap kita mohon maaf...PR Ada Ker macam ni kalau buat silap meminta maaf?Setiap manusia ada buat kesilapannya... 

YAN: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meminta maaf kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak berikutan kenyataannya yang didakwa mengaitkan penghapusan subsidi gula dalam Bajet 2014 dengan penyakit diabetis Allahyarham.

Muhyiddin menegaskan beliau langsung tidak berniat untuk menyentuh peribadi Allahyarham dengan kenaikan harga gula dan penyakit yang dihadapinya.

Sebaliknya, beliau berkata, peringatan kelmarin sekadar hanya untuk mengingatkan kepada rakyat bahawa kerajaan mengambil berat penjagaan kesihatan.

"Jika keluarga arwah tersinggung, saya minta maaf dan sebagai orang Islam saya tidak ada niat. Boleh tengok rakaman.

"Sebagai orang Islam kita dianjurkan bermaaf-maafan," katanya pada sidang media selepas melawat Madrasah Maahad Mazahirul Ulum, Kampung Bukit Choras, di sini petang tadi.

Muhyiddin berkata, wakil Dewan Pemuda PAS menemuinya selepas mengimamkan solat Asar di Masjid Bukit Choras dan mahu beliau meminta maaf.

"Mereka menerima permohonan maaf saya secara baik," katanya.

Beliau berharap dengan penjelasan itu isu berkenaan ditamatkan dan sudah memaklumkannya kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

Semalam, anak kepada Alahyarham Azizan menggesa Muhyiddin meminta maaf atas ucapannya yang mengaitkan bekas menteri besar itu sewaktu mempertahankan tindakan kerajaan menghapuskan subsidi gula.

Kenyataan itu dibuat anak kelima Azizan, Mohd Rafi'ie Azizan, 32, pada sidang media di pusat operasi PAS.

Muhyiddin berkata beliau tidak berniat langsung untuk mengaitkan Allahyarham Azizan, sebaliknya hanya sekadar melahirkan rasa bimbang.

Ini ekoran penyakit diabetis merekodkan antara lima penyakit utama yang menyerang rakyat Malaysia akibat daripada gagal mengawal pengambilan gula, tambahnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana