Latihan tentera bersama China

KUALA LUMPUR: Malaysia dan China akan mengadakan latihan bersama buat pertama kalinya pada tahun depan sejak Memorandum Persefahaman (MoU) berhubung kerjasama pertahanan ditandatangani pada 2005.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang dalam lawatan kerja sulungnya ke Beijing selepas memegang jawatan itu Mei lalu, berkata Malaysia bercadang mengadakan latihan antara perkhidmatan dengan China melibatkan disiplin darat, laut dan udara.
Beliau berkata latihan itu adalah antara persetujuan dicapai semasa pertemuan beliau dengan Menteri Pertahanan China, Jeneral Chang Wanquan pada hari ini, demi meningkatkan kerjasama strategik yang lebih komprehensif.

"Kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk merapatkan lagi kerjasama dalam bidang pertahanan terutamanya melalui latihan bersama, pertukaran pegawai-pegawai tentera laut dan ketenteraan (lain), penubuhan kerjasama dalam bidang industri pertahanan, usaha-usaha memerangi keganasan, dan jenayah transnasional," kata Hishammuddin dalam satu kenyataan.

KAPAL selam berkuasa nuklear milik China bersedia untuk menyelam di laut. Beijing mempamerkan kuasa tentera lautnya kepada umum bagi menunjukkan keupayaan ketenteraannya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana