Al-kisah…satu tin susu pun jadi modal Mahfuz

Setelah PAS kantoi dalam isu bapa Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan kemudiannya kes superimpose gambar calon Azam Samat…Persuruhjaya PAS Kedah masih lagi nak beraksi…kali ini hanya dengan isu satu tin susu yang luput tarikh.

Mahfuz Oh Mahfuz …memang PAS dah tidak ada modal nak main dalam pilihanraya kecil Sungai Limau.

Tin susu berkenaan didakwa terkandong dalam sebuah beg barang keperluan yang tertera gambar Ahli Parlimen Baling,Datuk Azeez Rahim.

Nawaitu membangkitkan hal ini dalam satu sidang akhbar di Sungai Limau Selasa nak tunjuk orang Barisan Nasional buat naya pada orang  di situ bagi barang yang sudah luput tarikhnya.

Tarikh luput yang tertera pada tin susu itu ialah 26 Oktober,2013 yakni baru tiga hari.

Azeez ketika ditemui di Parlimen selepas isu itu tersebar  menjelaskan susu itu sebenarnya adalah untuk kegunaan jentera pilihanraya Rumah Baling dan Rumah Selangor yang berkempen di Sungai Limau.

“Barang-barang itu memang sudah sedia ada sebelum ini untuk kes-kes kecemasan seperti banjir atau bencana alam. Kita pun tidak tahu ia sudah luput. Lagipun, tidak benar jika tuduh saya memberikan susu itu kepada penduduk, kerana saya di Parlimen. Ia untuk kegunaan jentera pilihanraya Baling,” ujarnya.

Menurut beliau, kemungkinan ada yang membawa susu itu keluar dari Rumah Baling atau Rumah Selangor dan diterima individu yang kemudiannya dijadikan isu oleh PAS.

“Bagi saya, PAS tak ada modal kempen. (Datuk) Mahfuz (Omar) nak balas dendam sebab semalam di Parlimen saya tegurnya kerana berbohong dalam isu Baharom, ayah kepada Datuk Seri Jamil Khir yang mereka dakwa beri duit dan berdoa calon PAS menang,” katanya.


Untuk menangkis cubaan PAS untuk memburukan namanya dan juga BN,Azeez kemudianya telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar menjelaskan hal berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana