Projek IC: Dr Mahathir dakwa tak pernah beri arahan kepada Megat Junid
“Saya tidak pernah beri sebarang arahan kepada arwah Tan Sri Megat Junid untuk mengeluarkan kad pengenalan kepada pendatang asing,” kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) hari ini.
Dr Mahathir ketika memberi keterangan di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang asing di Sabah hari ini, berkata beliau tidak bertanggungjawab terhadap semua tuduhan terhadap allahyarham bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Megat Junid Megat Ayob.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Pegawai RCI Manoi Kurup yang bertanya kepada bekas perdana menteri itu mengenai dakwaan saksi sebelum ini.
Manoi berkata, salah seorang daripada saksi dari Pejabat Daerah Sandakan, Hassnar Ebrahim, memberikan bukti bahawa Megat Junid mengarahkan pengeluaran kad pengenalan kepada pendatang haram di Sabah untuk mengubah demografi penduduk di negeri itu.
Hassnar berkata, Megat Junid memberitahunya arahan projek itu datang dari Dr Mahathir sendiri.
“Hassnar? Saya tidak pernah dengar tentang dia. Saya juga tidak perasan beliau pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri,” kata Dr Mahathir dan menambah ia adalah keputusan Majlis Keselamatan Negara untuk menahan Hassnar.
Manoj kemudian bertanya kepada Dr Mahathir mengenai beberapa jenis kad pengenalan digunakan oleh pendatang haram termasuk Kad Layang-Layang, Kad Burung-Burung, Kad Expo, dan Dr Mahathir berkata, beliau hanya mengetahui tentang satu jenis kad pengenalan iaitu IC yang menyebabkan hadirin di galeri mahkamah tertawa.
Manoj turut bertanya sama ada beliau mengetahui mengenai buku “Projek IC Agenda Tersembunyi Mahathir.”
“Saya baca buku itu baru-baru ini apabila seseorang memberikannya kepada saya. Ia adalah bahan akademik yang bagus untuk dibaca.
“Tetapi saya tidak tahu bagaimana penulis boleh mendapat kesimpulan ia adalah keputusan saya menggerakkan Projek IC. Bagaimanapun, saya perasan bila orang guna nama saya, buku itu laku,” katanya yang sekali lagi mengundang tawa pengunjung di galeri awam. – 11 September, 2013.

Comments