Ambiga dan Samad Said jadi bodoh bila isu CEC DAP.

Tarikh 4 Januari 2013 adalah satu tarikh titik hitam dalam sejarah DAP. Kebinasaan terhadap DAP bermula dari tarikh tersebut hasil kerja Dinasti Lim, Anthony Loke dan Tony Pua.

Pada hari itu Tony Pua membuat pengumuman bahawa terdapat kesilapan pengiraan undi dalam keputusan CEC yang diumumkan pada pada 15 Disember 2012. Tony Pua memberi alasan ianya berpunca dari masalah penjumlahan undi yang dibuat menggunakan sistem Microsoft Excel.

Alasan yang menjadi bahan gelak ketawa orang ramai hingga kini. Sistem komputer dikatakan silap mengira jumlah undi yang diraih Vincent Wu, calon yang menang di tempat ke 6 dengan dengan bilangan undi 1202 UNDI. Tony Pua menyatakan jumlah undi sebenar yang diraih oleh Vincent Wu hanya 669 undi.

Bukan hanya itu sahaja, kesilapan bukan setakat Vincent Wu, malah turut melibatkan undi untuk Zairil Khir Johari. Tony Pua menyatakan undi yang diterima Zairil adalah 803 undi dan beliau menang di tempat ke 20. Keputusan yang diumumkan pada 15 Disember 2012 Zairil berada di tempat ke 39 dengan jumlah undi yang diterima 305 undi.

Akhirnya satu laporan polis dan laporan kepada ROS masuk dan didapati pemilihan CEC DAP satu penipuan.

Mulalah sandiawara DAp untuk salahkan ROS dan baru-baru ini Utusan pun disaman terhadap sesuatu yang jelas. Keluarga Lim Kit Siang dan kuncu-kuncu mahu terus menguasai DAP selama-lamanya hingga sanggup menipu selamanya.

Antara 'game' DAP adalah untuk memastikan DAP dibatalkan dan boleh mereka menyalahkan ROS dan UMNO tetapi sambil itu, mereka boleh cantas penentang keluarga Lim.

Malangnya permainan itu dapat dilihat dan sudah ada bekas pemimpin dan pemimpin DAP yang bersuara.

DAP perlu adakan pemilihan CEC itu Ahad ini...

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana