Gambaar Lelaki Mengamuk Rampas Bendera Sang Saka Malaya

KUALA LUMPUR 31 Ogos - Seorang lelaki telah bertindak merampas beberapa helai bendera 'Sang Saka Malaya' yang dikibarkan sekumpulan penyokong pembangkang di Dataran Merdeka malam tadi.

Kumpulan yang dipimpin aktivis politik, Hishamuddin Rais itu telah mengadakan satu perhimpunan Ambang Merdeka di samping mengibarkan bendera itu bagi menafikan Jalur Gemilang sebagai bendera kebangsaan di Negara ini.

Lelaki tersebut yang bertindak ketika Sasterawan Negara, A.Samad Said sedang menyampaikan ucapan sempat memberi peringatan kepada para penyokong pembangkang bahawa Jalur Gemilang merupakan bendera yang menjadi mercu tanda rakyat di Negara ini.
Terdahulu, Hishammuddin Rais dalam ucapan ringkasnya berkata, kemerdekaan yang dikecapi selama 56 tahun merupakan Hari Malapetaka buat rakyat Malaysia.

Beliau yang mempertahankan bendera Sang Saka Malaya menegaskan, rakyat Malaysia telah ditipu dengan semangat mengibarkan Jalur Gemilang yang realitinya diciplak dari Amerika Syarikat.

"Jalur Gemilang adalah tipu dari Amerika, bendera sang saka ini adalah tradisi dari pada kerajaan Melayu langka suka.

"Bendera ini dinaikkan pada tahun 1947. Pengisytiharan 31 Ogos bukanlah Hari Kemerdekaan. Akan tetapi merupakan Hari Malapetaka," katanya ketika berucap di hadapan penyokongnya di Dataran Merdeka malam tadi.

Sambutan itu turut disertai Sasterawan Negara, A.Samad Said dan Aktivis Pro Mahasiswa, Adam Adli.

Beliau juga mengulangi pendirian mempertahankan bendera ‘Sang Saka Malaya’ sebagai bendera kebangsaan di Negara ini.

Tambahnya, bendera ini bakal diiktiraf sekiranya Kerajaan pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) berjaya ditumbangkan.

"Inilah bendera rakyat Tanah Melayu apabila negara kita bebas dari Umno." ujarnya.

Sebelum ini, beberapa Pemimpin Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) mendesak pihak berkuasa terutamanya Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bertanggungjawab mengibarkan bendera ‘Sang Saka Malaya’.

Salah seorang pemimpin NGO, Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof Datuk Dr Kamaruddin Kachar menganggap tindakan itu sebagai biadab sekaligus menghina pejuang terdahulu yang banyak berkorban nyawa demi mempertahankan kedaulatan tanah air.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana