TERKINI Zahid Berundur Setelah Di Desak 20 Ribu Pelajar Di Putrajaya ??



PUTRAJAYA: Kira-kira hanya 20 pelajar yang menyertai perhimpunan di luar Kementerian Dalam Negeri hari ini bagi menuntut supaya menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan. Ini berikutan rasa tidak puas hati mereka berhubung beberapa siri tangkapan ke atas aktivis pelajar dan juga pemimpin pembangkang.

Sambil berhimpun, pelajar berkenaan membawa sepanduk yang tertera “Polis untuk rakyat”, “Pulihkan imej polis” dan “Ahmad Zahid letak jawatan”.Mereka juga menuntut Ahmad Zahid meletakkan jawatan kerana didakwa gagal bertindak secara profesional.

Antara yang hadir selepas solat Jumaat tadi adalah Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Safwan Anang yang baru dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 setelah dituduh mengeluarkan kenyatan berbaur hasutan.

Safwan yang ditangkap 28 Mei lalu mendakwa Zahid menggunakan jentera kerajaan demi kepentingan politik Umno-Barisan Nasional (BN).

"Tujuan memorandum hari ini diserahkan oleh kami adalah untuk menuntut Datuk Zahid Hamidi meletakkan jawatan kerana terdapat tuduhan-tuduhan bersifat politik.

"Kenapa tuduhan ini dibuat secara berpilih-pilih? Orang yang tertentu sahaja yang terlibat di bawah tuduhan menghasut. Ini telah menjejaskan imej KDN," katanya.

Selain Safwan, empat orang aktivis lain iaitu Haris Ibrahim (NGO - Asal Bukan Umno), Naib Presiden PKR, Tian Chua dan pemimpin PAS Tamrin Ghaffar turut ditangkap atas tuduhan yang sama.

"Kami rasakan Datuk Zahid telah menyalahguna kuasa dengan mengarahkan PDRM untuk turut bersekongkol membuat tangkapan dan tuduhan terpilih.

"Zahid menggunakan jentera kerajaan untuk motif politik," katanya kepada wartawan selepas sesi serah memorandum yang diterima oleh Penolong Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Abdul Hafiz.

Beliau seterusnya menempelak Zahid kerana didakwanya tidak menjalankan tugas memerangi jenayah dalam negara.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana