'Jangan heret saya dalam kelewatan lantik exco'

KLANG: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mahu semua pihak supaya tidak mengheret diri baginda dan pihak Istana dalam kemelut kelewatan pelantikan Exco Selangor sehingga tempoh tiga minggu.

Baginda melalui Setiausaha Sulitnya, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, tindakan itu  bagi mengelak salah faham rakyat terhadap institusi diraja negeri ini.

“Saya ingin mendapat kerjasama dari penulis-penulis laman sesawang dan blog supaya tidak mengheret pihak Istana terutama Sultan Selangor dalam apa jua perkara tanpa siasatan terlebih dahulu.

"Ini bagi mengelakkan salah tanggapan rakyat terhadap Sultan Selangor khasnya dan pihak Istana amnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad Munir,  Sultan Sharafuddin pada 14 Mei lalu telah menitahkan Menteri Besar Selangor Tan  Sri Abdul Khalid Ibrahim mengemukakan senarai exco untuk diperkenan.

Selaras dengan peruntukan undang-undang, Abdul Khalid telah berjanji untuk mengemukakan nama-nama exco setelah berbincang dan mendapat persetujuan daripada ketiga-tiga parti komponen dalam tempoh satu minggu.

Mohamad Munir berkata, baginda pada 20 Mei lalu telah menerima surat mengandungi senarai nama Exco semasa Abdul Khalid bercuti membuat rawatan di luar negara.

“Menteri Besar Selangor hanya menghadap bagi mendapat perkenan Sultan Selangor pada Isnin 27 Mei lalu selepas beliau kembali ke tanah air.

“Oleh itu tidak benar tohmahan oleh seorang Ahli Parlimen Selangor yang menyatakan kelewatan pelantikan Exco disebabkan memenuhi kehendak Sultan Selangor,” katanya.

Kenyataannya itu dipercayai merujuk kepada kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang mendakwa kelewatan berkenaan kerana Sultan Selangor mahu melihat nisbah Exco yang berlainan pada kali ini.

Timbalan Pesuruhjaya PAS III itu dalam blognya 20 Mei lalu berkata pihaknya difahamkan Sultan mahu formula 6:4, iaitu enam exco Melayu berbanding 4 exco bukan Melayu berbanding formula 5:5 yang digunakan sebelum ini.

Selain Khalid, seorang pemimpin kanan PKR juga dilaporkan membuat kenyataan bahawa ADUN Sri Andalas Xavier Jayakumar tidak dilantik sebagai exco bagi penggal kedua kerana tidak mendapat perkenan baginda.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana