10 Exco Selangor juga kena pegang tombak angkat sumpah dan akujanji..​.Tak Pernah Sejarah Bebbb

Majlis mengangkat sumpah sebagai Exco kerajaan negeri Selangor di Istana Alam Shah Klang pagi Khamis menyaksikan 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang dilantik turut kena pegang tombak simbol junjung kuasa Sultan Selangor.      

Pada 14 Mei lalu, Tan Sri Khalid Ibrahim turut memegang tombak ‘Sang Buana’ yang matanya dibalut kain kuning semasa angkat sumpah dan membaca 10 akujanji sebagai Menteri Besar Selangor.

Difahamkan, tujuan mengangkat sumpah sambil memegang tombak itu bagi memastikan Exco yang dilantik taat setia dan patut dengan ikrar serta akujanji masing-masing yang sama dibaca Khalid sebelum ini.

Selain kelainan itu, Adun-Adun lain tidak dijemput menghadiri majlis yang bermula jam 9.30 pagi.

Di majlis berkenaan, empat muka baru dan enam calon lama dari pakatan rakyat Selangor mengangkat sumpah sebagai Exco negeri itu bagi penggal 2013-2018.

PAS membariskan tiga Adun muka lama iaitu Adun Chempaka, Iskandar Abdul Samad, Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi manakala muka baru, Adun Sabak, Sallehen Mukyi.

Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga Adun Meru, Dr Rani Osman tidak tersenarai.

Manakala tiga Adun DAP terdiri dari Adun Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Khim serta Adun Kota Shah Alam, Ganabatirau Veraman adalah Adun muka baru dan mengekalkan Adun Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.

Adun daripada PKR menampilkan seorang Adun muka baru Adun Sementa, Dr Daroyah Alwi dan turut mengekalkan Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail serta Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong.

Nama Timbalan Presiden PKR yang juga Adun Bukit Antarabangsa Azmin Ali yang sebelum ini tidak dilantik sebagai Menteri Besar juga tidak tersenarai.

Lebih malang lagi, berdasarkan senarai Exco yang dilantik terutama daripada PKR bukanlah mereka yang ‘sekapal’ dengan Azmin sebaliknya‘sebulu’ dengan Khalid.

Ada pihak menjangkakan ‘perang’ Azmin-Khalid dijangka berterusan dengan keputusan mengenepikan Pengerusi PKR Selangor dan beberapa geng beliau daripada senarai barisan Exco.

Istiadat angkat sumpah, semua Exco yang diperkenan Sultan Selangor berlangsung di Balairung Seri di hadapan  Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Adun PAS, Iskandar mengetuai barisan Exco memulakan istiadat angkat sumpah dan menerima surat perlantikan daripada Sultan Selangor.

Perkara lain menarik perhatian di majlis itu apabila Khalid kelihatan menangis ketika menyampaikan ucapan menjunjung kasih dan taat setia kepada baginda Sultan.

Khalid kemudian mengumumkan Adun Subang Jaya Hannah Yeoh sebagai Speaker DUN Selangor manakala Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai timbalan.

Perlantikan Hannah mencipta sejarah kerana beliau wanita pertama dilantik ke jawatan Speaker di Malaysia.

Sementara itu, Khalid yang juga Adun Pelabuhan Klang akan memegang memegang portfolio  Kewangan, Pembangunan Tanah dan Pengurusan Sumber Alam, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri, Penerangan dan Jawatankuasa Adat Melayu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana