Video... PKR Hilang Taring,3000 Lagi Ahli Keluar Parti Dan Menyertai BN



Parti Keadilan Rakyat, PKR kian hilang taring apabila semakin ramai ahlinya bertindak keluar parti dan menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional.

Terbaru, 3,000 ahli PKR cabang Sungai Buloh, Kelana Jaya dan Kota Damansara berbuat demikian selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan pakatan pembangkang.

DR. S.VIGNES / BEKAS AHLI PKR
"Semua janji kosong dan penipuan di permilihan dalam parti PKR penipuan dalam cabang saya salah satu mangsa saya ada bukti yang saya boleh tunjuk di mana kena tipu".

SUNDARAJAN MALAI / BEKAS AHLI  PKR
"Dia punya kronisme lebih dari itu lah memang I dah fedup I ingat dia orang macam pilih bulu memang tak betullah".

SALASIAH MOHD MUSTAFFA AL-BAKRI / BEKAS AHLI PKR
"Dah la dia punya MB cakap manifesto bukan perjanjian yang mungkin tak akan di fullfillkan oleh mereka so saya rasa it's a lie so already lying dia orang to lie some more so it's no good".

Mereka ditemui pada majlis perhimpunan keluar pakatan di Sungai Buloh, semalam.

Turut hadir calon BN Parlimen Subang, Prakash Rao Applainaidoo dan DUN Paya Jaras, Datuk Muhammad Bushro Mat Johor.

 DATUK MUHAMMAD BUSHRO MAT JOHOR / CALON BN DUN PAYA JARAS
"Dengan kehadiran 3,000 ahli PKR yang kini bersama dengan atau menyokong Barisan Nasional saya yakin dan percaya di Parlimen Subang ini kita ada kekuatan yang baik".

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana