PRU13: Polis sedia hadapi pencetus kekecohan...PR Tahu Mereka Akan Kalah


KOTA KINABALU: Polis akan mengambil langkah untuk memantau dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mana-mana kumpulan yang berhasrat untuk menganggu pilihan raya umum akan datang.

Bagi memastikan proses pilihan raya bersih dan adil berjalan lancar, bantuan RELA diperlukan untuk bertindak sebagai telinga dan mata polis, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata perbincangan telah pun diadakan dengan Ketua Polis Negara dan ketua polis negeri telah diarahkan untuk menangani dengan segera kumpulan-kumpulan yang mungkin merancang untuk menganggu perjalanan pilihan raya.

Beliau berkata tindakan ini sebagai respon terhadap laporan mengatakan ada kumpulan telah mengedarkan risalah tentang bagaimana mahu mencetuskan huru-hara di 10 tempat mengundi parlimen termasuk Gombak, Lembah Pantai, Permatang Pauh, Setiawangsa, Wangsa Maju, Bagan Serai, Bukit Katil, Muar, Pandan dan Sabak Bernam.

"Polis bukan sahaja melihat 10 kawasan pilihan raya yang dinamakan dalam risalah tetapi seluruh negara," katanya pada Sabtu menambah bahawa pihak yang merancang perbuatan itu tidak yakin untuk menang.

Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia (PSSGM) dalam satu kenyataan mendakwa wujud penglibatan orang asing yang melantik jentera parti pembangkang untuk mencetuskan provokasi semasa pilihan raya nanti.

Turut didakwa terdapat manual pilihan raya pembangkang mengandungi arahan unuk mencipta kekecohan di pusat mengundi justeru menuduh kerajaan menjalankan pilihan raya tidak bersih.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana