'Tok Guru Hadi Awang yang sign' - Anwar Punya Pukulan


KOTA BHARU: PAS tidak menarik balik kenyataan bersama pemimpin pakatan pembangkang yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain kerana kenyataan itu telah disedia dan ditandatangani oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri.Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mendedahkan perkara itu berkata, dalam usaha menyelesaikan masalah tersebut, beliau telah meminta Presiden PAS itu sebagai seorang yang tahu agama dan faham Islam, supaya memberikan pandangan untuk diteliti oleh pemimpin pakatan pembangkang.

"Maka Tok Guru Hadi Awang pun atas nama PAS buat, dengan ayat Al- Quran nama Allah itu bagaimana dari segi orang Islam bagaimana dimuliakan, orang (bukan Islam) nak sebut Insya-Allah, Alhamdulillah tak dilarang kalau sebut itu dengan memuliakan, tetapi syaratnya jangan menghina, jangan menyalah erti, jangan menyalah tafsir.

"Kemudian saya kena runding, ha itu kerja ambo, kenyataan itu PAS setujulah. Keadilan tak susah tapi DAP, kena beri penerangan pada dia.

"Jadi ambo terang pada Lim Kit Siang (Penasihat DAP) kata begini, (kalimah Allah) bagi orang Islam sensitif dia benar orang bukan Islam (guna). Orang Cina kata Insya-Allah saya nak pergi kita tak hukum dia kerana dia sebut dengan molek.

"Jadi apabila syarat-syarat iaitu dia tanya, saya kata beginiah, kita pakatan, kita setuju jangan dok balok (berbalah) soal ini, soal Hindu orang Hindu tu bagi dia cakaplah, tapi hok Isle (Islam) ini, biarkan kita bagi penjelasan.

"Itulah yang kita terima, kenyataan kita itu dibentangkan oleh PAS, satu perkataan pun ambo tak pinda, ya, dalam kenyataan itu satu perkataan sepenuhnya dari awal sampai habis yang Tok Guru Hadi Awang sign (tandatangan) ana (saya) jadikan kenyataan majlis pimpinan Pakatan Rakyat yang dipersetujui PAS, Keadilan dan DAP," katanya ketika berceramah di Ketereh malam tadi.

Pada 8 Januari lalu, Abdul Hadi mengumumkan pendirian pakatan pembangkang yang menyatakan Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah Allah dalam amalan mereka walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa Al-Quran.

Pendirian bersama Pakatan pembangkang itu turut dipersetujui Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalan Presiden PAS, Mohamed Sabu.

Bagaimanapun, selepas itu Majlis Syura Ulama PAS memutuskan kalimah Allah adalah khusus untuk agam Islam dan tidak boleh digunakan penganut agama lain berikutan bantahan banyak pihak termasuk golongan alim ulama.

Keputusan Majlis Syura itu bagaimanapun tidak diterima oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menyifatkannya tidak mewakili suara majoriti dalam PAS serta menggesa Hadi meminta badan tertinggi PAS itu mengkaji semula keputusan itu.

Gesaan Karpal itu bagaimanapun dibantah oleh beberapa kepimpinan PAS termasuk Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib dan Timbalan Mursyidul AM parti itu, Datuk Haron Din yang menyatakan akan mempertahankan kalimah suci itu sehingga akhir hayat beliau.

Isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain dicetuskan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada 24 Disember tahun lalu yang membuat gesaan supaya kerajaan persekutuan memberikan kebenaran kepada penganut Kristian menggunakan kalimah itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana