Saifuddin Nasution Bertanding di Parlimen Kulim-Bandar Baharu.


MACHANG 27 Feb. - PKR mengesahkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail bakal bertanding di kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).

Ketua Umum parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan tersebut dibuat setelah mendapat mandat dari majoriti pengundi sekaligus mengembalikan kepercayaan rakyat di Negeri Kedah.

“Bagi tujuan itu, PKR  akan memilih calon terbaik bagi menggantikan kekosongan itu( Machang) malah  perbincangan mengenainya berada di peringkat akhir,” katanya menerusi ucapannya pada Majlis Ceramah di Padang Majlis Daerah Machang semalam.

Pada Pilihan Raya Umum ke 12 yang lalu, PKR memenangi kerusi Parlimen tersebut diwakili Datuk Zulkifli Noordin dengan majoriti 5,583 undi.

Akan tetapi, Naib Presiden PERKASA itu telah dipecat dari parti berkenaan pada 6 Mac 2010 kerana bertindak melanggar dasar parti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana