DAP anggap partinya 'taiko' punca masalah pembangkang


Perbalahan antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP di Johor berpunca daripada sikap DAP yang menganggap dirinya 'Taiko' atau 'Abang Besar' dalam pakatan pembangkang, kata Tan Sri Shahrir Abdul Samad.Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata, disebabkan anggapan itu, DAP mahu PKR dan PAS mengikut telunjuknya dalam isu pembahagian kerusi Pilihan Raya Umum Ke-13."Di Johor, memang DAP menganggap dia sebagai 'Taiko' atau 'Big Brother' di dalam pakatan pembangkang. Bermakna PKR dan Pas kena dengar cakap DAP dan harapkan sokongan DAP untuk menang mana-mana kerusi di Johor."PKR (dan Pas) di Johor kena mengakulah yang mereka tidak kuat dan terpaksa bergantung pada 'Big Brother' DAP, itu adalah keadaannya," kata Shahrir.

DAP, menurut beliau, bersikap tamak mahu memonopoli kesemua kerusi di mana majoriti pengundinya adalah kaum Cina, kerana perjuangannya hanyalah untuk satu kaum sahaja.Bekas menteri kabinet itu berkata, perbalahan DAP-PKR Johor jelas membabitkan isu pengagihan kerusi PRU-13 terutama Parlimen Gelang Patah.Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau menuduh rakan sejawatannya daripada PKR, Datuk Chua Jui Meng sebagai seorang yang arrogant (angkuh) serta bertanggungjawab melancarkan 'serangan hendap' terhadap DAP di Johor.Dr. Boo, Ahli Dewan Undangan Negeri Skudai, mahukan pucuk pimpinan PKR melucutkan jawatan Chua, tetapi Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail enggan berbuat demikian dan mempertahankan Chua.

Bernama melaporkankan Shahrir berkata, dalam isu perbahagian kerusi pilihan raya di dalam pakatan pembangkang, hakikat yang perlu diterima oleh Pas serta PKR adalah keputusan akhir mengenai perkara itu terletak di tangan DAP."Pas dan PKR perlu mendengar cakap DAP. Malah pemimpin-pemimpin PAS Pusat yang mahu bertanding di Johor pun akan mencari kawasan-kawasan yang mempunyai pengundi Cina yang ramai," katanya.Semua pihak, katanya, mengetahui bahawa pilihan raya umum kali ini adalah pertembungan dua penjuru di antara Barisan Nasional (BN) yang berjuang untuk pelbagai kaum dan DAP, yang hanya fokus terhadap kepentingan satu kaum sahaja.Shahrir menolak jangkaan PR bahawa pakatan itu akan memperoleh kemenangan besar di Johor pada PRU13, dan menyifatkannya jauh tersasar daripada realiti.

Keadaan pada masa ini, kata Shahrir, telah jauh berubah berbanding pada tsunami politik pada pilihan raya umum 2008 di mana pembangkang berjaya memperolehi satu kerusi Parlimen dan enam kerusi DUN di Johor.Pada pilihan raya itu, calon-calon DAP menang di kerusi Parlimen Bakri manakala kerusi DUN pula adalah di Skudai, Bentayan, Mengkibol dan Senai, manakala kerusi DUN di Maharani serta Sungai Abong dimenangi Pas."Keadaan sudah pun berubah (berbanding 2008) dan kita BN di Johor bukan kita duduk diam, kaku dengan keadaan yang dirasakan penting tetapi sebaliknya kita sudah merubah cara dan pendekatan kita," katanya.

Sejak 2008, kata Shahrir, BN Johor telah memperbaiki beberapa kelemahan selain berusaha meningkatkan sokongan rakyat terhadapnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana