Calon PM:Relaks Pak Sheikh!....PAS tak ada pilihan


Rupanya bukan sedikit di kalangan ahli PAS di pelbagai peringkat yang 'sangat meragui' status moral dan kredibiliti Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak berbangkit kes dakwaan video seks 99.9 peratus tulin dengan GRO China tidak lama dulu.Bukan semua yang hilang akal boleh telan bulat-bulat ' fatwa' Haji Hadi yang kata video itu besi dan tidak boleh jadi bahan bukti .Ikut ceritanya ramai yang berpendapat sebagai parti yang bawa bendera Islam sepatutnya pimpinan PAS mendesak agar satu siasatan terperinci dibuat bagi menentukan kebenaran.Cara kes yang memalukan itu cuba ditutup begitu sahaja memang sukar diterima.Ini kerana video dan bukti yang didedahkan oleh geng Datuk T dalam kes itu sangat meyakinkan.Lojiknya jelas sekali.Bolehkah mereka semua berketuakan seorang yang diragui moralnya.Jadi siapa agaknya berani nak bersuara dan lawan cakap Tok Guru Haji Hadi dan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat supaya lupakan saja apa yang mereka dakwaan cubaan untuk fitnah Anwar itu?"Kalau setakat nak cakap politik kata itu semua fitnah memang senang....tapi sekarang tanya hati masing-masing ragu atau tidak " ....itu kata seorang ahli PAS yang mengaku melihat video aksi seks itu serta bukti rakaman CCTV semasa Anwar dan Eskay naik turun dari lif lokasi kejadian.
Waktu sembang-sembang itu bersama beberapa orang lagi rakan ahli parti itu dia mengaku kalau video seperti ini melibatkan pemimpin UMNO jatuh ke tangan mereka sudah pasti ia akan dijaja dan diarak seluruh negara sampai ke hari ini.

"Kita sekarang sedang membincangkan tentang orang yang nak kita letak jadi Perdana Menteri jika tawan Putrajaya...dia bukan seorang ahli PKR biasa yang melepak di kedai kopi,"katanya.

Dia juga mendakwa ramai kawan-kawannya yang lain menyimpan keraguan sama.Namun apa daya tidak ada siapa yang mahu cakap cara terbuka.Dari cakapnya sebab itu isu mempersoalkan siapa paling layak jadi calon jawatan Perdana Menteri menjadi ' bom asap' yang sesuai di muktamar itu tanpa menimbulkan pekong dakwaan skandal seks Anwar dikhalayak umum." Jangan fikir kami tidak dapat faham maksudnya bila ada perwakilan PAS cakap mahu Haji Hadi jadi PM di muktamar.Ia suara mewakili cetusan rasa hati yang terbuku selama ini.

"Jangan ingat semua orang PAS bodoh sanggup terima buta tuli orang yang diragui moralnya jadi ketua,"katanya.Dari perbualan itu ada yang mengakui Anwar selama ini memang menjadi faktor penyatu Pakatan Rakyat.Malah dari segi stail,penampilan dan berbagai aspek politik lain,Anwar jauh ke dapan dan lebih senang ' dijual' sebagai calon Perdana Menteri berbanding Haji Hadi.Keraguan sama dikatakan terpendam di kalangan sesetengah pimpinan atasan PAS.Ikut ceritanya ada seorang yang terkejut kata, 'MasyaAllah'...video itu diputar depannya.Namun tolak,bahagi dan campur ...nampaknya Anwar aka 'Pak Sheikh', (gelaran popularnya semasa zaman kegemilangannya dalam UMNO pada tahun 1990han dulu) tidak perlu berkerut muka ambil kisah hal ini.

Beliau boleh terus goyang kaki.Politik sentiasa dikaitkan dengan kata-kata the art of possible.Dicelah-celah api dalam sekam ini sekalipun tidak ramai pemerhati politik yang menilai kedudukan Anwar sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat akan tergugat.Ini lebih-lebih lagi isu moral itu tidak pernah jadi hal bagi DAP.PKR pula peduli apa.Semua orang kuat DAP termasuk Lim Guan Eng dan Karpal Singh tetap tidak berganjak mahu Anwar.Dalam pakatan tiga pihak ini...terang-terang dua DAP-PKR lawan satu jika PAS tidak boleh terima Anwar.Kalau tidak bersetuju jawabnya kena keluar pakatan.Beranikah PAS ambil tindakan itu diambang PRU13 sekarang?Dan...faktor terbesar sekali tentunya selagi Nik Aziz ' tak batuk ' mahu tukar Anwar sebagai calon tidak perlulah mana-mana orang PAS buang masa nak cakap banyak.

Ini belum cakap lagi bab makin ramai puak Anwarista ini menyelit di celah kepimpinan PAS yang dikatakan akan bangkit jika timbul risiko pada mentor mereka.Rentetannya sudah terbentang di depan mata bagaimana parti itu sedia adjust apa saja pendiriannya kerana politik.Ini termasuk dari slogan negara Islam kepada Negara Berkebajikan.Musyridul Am PAS itu masih boleh berdakap mesra ke rumah Karpal Singh pada hari jadinya ketika Pengerusi DAP tidak luntur semangatnya tetap menolak konsep Negara Islam PAS.Alhamdullilah...jika Menteri Besar Kelantan itu boleh ' lebaikan' Karpal Singh menerusi pendekatan ramah mesra itu.Namun fakta di depan mata..jawabnya tidak.Karpal Singh tetap Karpal Singh.Kita boleh faham kalau Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri kata dimana mana letaknya maruah Nik Aziz dalam bab ini.

Siapa boleh lupa bagaimana dulu bergemanya dakwaan PAS yang balon sakan UMNO bersahabat dengan MCA 'yang kafir'.Jadi apa sangat bab dakwaan Anwar dikait dengan video seks itu. ? Kacang saja kalau nak dibandingkan dengan prinsip asas perjuangan PAS yang boleh ditentang secara terbuka oleh DAP.
Manakala PKR ambil jalan selamat  tidak mahu cakap sangat dalam isu Negara Islam PAS kerana ' mau untung kiri kanan'.Rasanya buat habis ke  beres saja jika ada sesiapa nak bertaruh mungkin Pakatan Rakyat akan tampilkan calon lain untuk Perdana Menteri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

BAPA JHO LOW RUPANYA KRONI MAHATHIR…

Elakkan Ditipu Oleh Penjual Tayar Kereta, Anda WAJIB Tahu Maksud Kod Pada Tayar