Bekas Ahli PAS di ugut Bunuh & Bakar Rumah kerana Meninggalkan PAS?


BEKAS AHLI PAS DICEKIK ,DIUGUT BUNUH DAN BAKAR RUMAH KERANA SOKONG UMNO, SUATU TINDAKAN YANG AMAT ZALIM &  KERAS. Mencekik leher dan mengugut bunuh dan bakar rumah dilakukan oleh seorang kuat parti Pas terhadap kawannya apabila kawannya berubah arah memilih Umno dan meninggalkan Pas.Satu perbuatan yang jelas bertentangan dengan nilai-nilai Islam yang dilaung-laungkan oleh puak juak Pas, apatah lagi demokrasi dan hak asasi manusia yang dilaungkan oleh PKR dan para sekutunya.

Dalam satu report polis semalam 25 Februari, yang dibuat oleh pengadu,Ramly bin Abdullah, berusia 53 tahun dari Kampung Jerong Seberang beliau menyatakan:

-telah diugut oleh empat orang lelaki berbangsa Melayu dikenali dengan nama Di Pok Loh dan dua orang adiknya dikenali sebagai Lan dan Man dan seorang lagi bernama Mamat bin Musa dari parti Pas.
- pengadu (Ramly) telah diminta keluar dan keeempat empat orang itu telah memarahi Ramly kerana Ramly telah keluar dari parti Pas dan menyertai Umno serta menjadi Penaja bagi penubuhan Umno Cawangan Bukit Cempedak.
- Ramly DICEKIK oleh salah seorang dari empat orang dari parti Pas itu DAN DIUGUT BUNUH DAN MEMBAKAR RUMAH lantaran perselisihan parti itu.

Peristiwa itu berlaku di hadapan isteri dan anak anak Ramly sebagai saksi kejadian tersebut. Ramli pada 4 Januari lalu telah menyertai Umno dan meninggalkan Pas.. dan menyerahkan boring kemasukan ke dalam Umno kepada Dato’ Seri Ahmad Said di rumah Menteri Besar Terengganu itu.Saspek yang membuat ugutan itu difahamkan telahpun ditahan reman oleh pihak berkuasa untuk siasatan lanjut hari ini 26 Februari.
Siasatan dijalankan dbawah Seksyen 506, Kanun Keseksaan, Ugutan Jenayah. Nampaknya suasana politik semakin panas menjelang PRU 13.

Sepatutnya sesiapa bebas untuk memilih parti politik, tetapi bagi puak-juak Pas ini mereka tidak boleh menerima hakikat ahlinya sendiri sudah lari meninggalkan Pas yang sudah dilihat jauh tersasar dan menyeleweng itu dari dasar sebenar, terutama setelah berpakat dengan DAP yang terang terang memusuhi Islam

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

BAPA JHO LOW RUPANYA KRONI MAHATHIR…

Elakkan Ditipu Oleh Penjual Tayar Kereta, Anda WAJIB Tahu Maksud Kod Pada Tayar