Amanat Hadi: Sila...sila...Tok Guru bagi penjelasan

Rasanya tidak perlu nak main pusing-pusing ayat dalam bab ini .Siapa saja yang dengar balik Amanat Hadi yakni ucapan Presiden PAS Datuk Seri Haji Awang pada tahun 1981 pasti dapat buat kesimpulan jelas beliau ' mengkafirkan' UMNO.Inilah yang menjadi isu selama ini bagaimana seorang hamba Allah yang bernaung dibawah parti yang guna nama Islam boleh senang-senang kafirkan orang lain semata-mata kerana perbezaan ideoloji politik.

Entahlah apa yang beliau nak jelaskan dalam tempoh sejam yang dimintanya Sabtu untuk ditayang di RTM dan TV3 mengenai amanatt yang kontrovesial itu.

Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana