Manifesto PRU12: MB tidak amanah apabila tipu rakyat


SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilihat tidak bertanggungjawab apabila menyifatkan manifesto pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu "bukan satu perjanjian".

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan berkata daripada kenyataan Abdul Khalid itu, jelas manifesto pakatan pembangkang yang kononnya memperjuangkan 'Negeri Berkebajikan' hanya retorik semata-mata.

Menurutnya, kenyataan itu bukan sahaja membuka tembelang Kerajaan Negeri bahkan membuktikan manifesto yang dilaungkan pada pilihan raya umum lalu hanya janji kosong yang tidak boleh dipercayai.

"Kata-kata Abdul Khalid itu membuktikan kerajaan pakatan pembangkang hanya bijak menabur janji termasuk memberikan bulan dan bintang kerana mereka tidak akan melaksanakannya.

"Rakyat perlu membuka mata pada pilihan raya umum akan datang kerana setiap janji manis yang dizahirkan melalui manifesto pembangkang tidak lebih daripada sekadar gula-gula untuk menarik sokongan rakyat semata-mata," katanya.

Menurut Sohaimi bukan sahaja air percuma, bahkan banyak lagi janji-janji yang terdapat dalam manifesto pakatan pembangkang masih tidak tertunai dan mereka tidak pernah peduli dengan janji-janji itu, apa lagi melaksanakannya kerana kemaruk kuasa.

"Jika Abdul Khalid tidak mampu melaksanakan apa yang telah termaktub dalam manifesto pilihan raya, beliau boleh letak jawatan kerana terbukti Menteri Besar hari ini seorang yang tidak bertanggungjawab dan menipu rakyat.

"Rakyat Selangor tidak memerlukan seorang pemimpin yang suka bercakap bohong dan tidak bertanggungjawab terhadap janji-jani yang dilafazkan. Abdul Khalid juga tidak layak menjadi Menteri Besar kerana gagal menunaikan janji kepada rakyat," katanya.

Semalam Khalid memberitahu bahawa yang dikemukakan berkaitan isu air percuma ini adalah 'bukan satu perjanjian'.

Beliau mengemukakan alasan itu bagi menepis kritikan pelbagai pihak yang mempertikaikan keengganan pentadbiran kerajaan PKR Selangor memberikan kemudahan air percuma kepada ratusan ribu penghuni pangsapuri dan kondominium atas alasan mereka masih menggunakan meter air pukal.

Beliau juga kekal dengan pendirian tidak melayan tuntutan membayar tunggakan air percuma ditaksirkan mencecah RM300 juta setelah para penghuni kediaman bertingkat tersebut dinafikan hak menikmati kemudahan air percuma sejak Ogos 2008

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana