Kenyataan Terbaru Dr MAZA Mengenai HUDUD.....Tempelak Muka PAS


Hudud sukar dilaksanakan di negara ini kerana persekitaran berbeza berbanding hudud yang dilaksanakan di peringkat permulaan dahulu. Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, pelaksanaan hudud memerlukan penelitian kerana berdasarkan beberapa penulisan oleh ulama terkenal, beberapa negara luar tidak mengamalkannya kecuali Arab Saudi yang menjadi contoh pelaksanaan hudud. Menurutnya, persekitaran yang membolehkan undang-undang hudud berfungsi dengan adil selain di Arab Saudi, tidak wujud.“Hudud mestilah ditangguhkan sehingga suasana yang sesuai. Jika hudud dilaksanakan juga, ia tidak akan mencapai tujuan yang ALLAH kehendaki,” katanya. Mohd Asri juga meyakini keikhlasan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai hasrat Islam beliau yang mendalam yang ditunjukkan dalam amalan peribadi dan politik.Bagaimanapun katanya, tidak semestinya hal yang sama ada dalam diri setiap pembicara hudud kerana kadang kala sebahagiannya mengelirukan pihak lain terutama masyarakat bukan Islam di negara ini. “Kita tidak boleh mempertikaikan hukum ALLAH, tetapi kita boleh mempertikaikan cara pelaksanaan dan pentafsiran hukum berkenaan oleh manusia,” katanya.Beliau berkata, menjadikan politik tertumpu kepada hudud bukan satu kebijaksanaan, tidak tepat dari segi maqasid agama dan kepentingan politik. “Tujuan politik luas dan sepatutnya dibincangkan bagaimana memastikan tiada alasan untuk sesiapa mencuri disebabkan keadilan dan kebajikan negara,” katanya

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

BAPA JHO LOW RUPANYA KRONI MAHATHIR…

Elakkan Ditipu Oleh Penjual Tayar Kereta, Anda WAJIB Tahu Maksud Kod Pada Tayar