TIBAI nak demo jika SPRM tak siasat Azmin...

Kumpulan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terhadap anggota Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali berhubung dakwaan terbabit rasuah ketika menjadi Setiausaha Sulit kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.Kumpulan itu bertegas akan mengadakan demonstrasi di hadapan ibu pejabat SPRM sekiranya badan bebas itu tidak memulakan siasatan dalam tempoh seminggu.Mursyidul Am TIBAI
Zahid Md Arip berkata desakan itu dibuat ekoran pendedahan pengarang portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin kononnya Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri telah mengarahkan kes rasuah jutaan ringgit membabitkan Azmin yang ketika itu setiausaha sulitnya, ditutup.

"Kami minta SPRM buka semula fail siasatan," katanya kepada pemberita sebelum membuat laporan kepada SPRM, di Putrajaya pada Rabu.Pada Selasa, Raja Petra mendakwa mendapat maklumat mengenai salah guna kuasa oleh Anwar untuk menghalang siasatan terhadap Azmin daripada seorang bekas pegawai kanan SPRM, yang menyerahkan dokumen sulit bertarikh 15 Mei 1995 itu di London bulan lalu

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana