Jeng...Jeng SPRM buka semula siasatan kes Azmin Ali


Panel Penilai Operasi SPRM meminta agensi penguatkuasaan tersebut membuka kemabali kes membabitkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.Pengerusi Panel Penilaian Operasi SPRM, Tan Sri Dr. Hadenan Abdul Jalil memberitahu arahan supaya kertas siasatan kes tersebut diteliti semula oleh SPRM dikeluarkan hari ini.
Sebelum ini, blogger Raja Petra Raja Kamaruddin bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mengarahkan agensi itu agar kes rasuah jutaan ringgit membabitkan beliau ditutup.
Arahan itu dikatakan diberikan 17 tahun lalu ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri. Ketika itu agensi itu dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM Mustafar Ali yang turut hadir dalam sidang media tersebut tidak menolak akan memanggil Azmin dan Anwar jika keterangan dari mereka dikehendaki.
Semalam, Azmin berkata, beliau telah memberi kerjasama kepada BPR dan siasatan telah dijalankan terhadapnya ketika itu.
Nampaknya SPRM tidak duduk diam berhubung dakwaan terbaru Raja Petra Kamarudin (RPK) yang melibatkan agensi tersebut.Menurut Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali, Panel Penilai Operasi SPRM akan bermesyuarat Khamis ini, bagi membincangkan dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan siasatan kes rasuah terhadap Mohamed Azmin dihentikan pada 1995.
Raja Petra mendakwa Anwar mengarahkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu supaya tidak mengenakan tindakan lanjut (NFA) ke atas Mohamed Azmin dan menghapuskan fail siasatan walaupun mempunyai segala bukti untuk menahan dan mendakwa beliau atas kesalahan berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana