Pasukan Khas Siasat Kenyataan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin........

MACAM BABUN DENGAN GAYANYA SELEPAS KEHILANGAN JAWATAN MB PERAK....

TAPAH, April 30 -- Polis akan menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kenyataan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamluddin yang mendakwa kononnya Perdana Menteri mengadakan pertemuan dengan pegawai tertinggi tentera dan meminta mereka berbuat sesuatu jika Barisan Nasional (BN) kalah dalam pilihan raya.Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahalan berkata pasukan khas itu akan diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Datuk Dzuraidi Ibrahim kerana kenyataan yang dibuat oleh Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pasir Panjang itu boleh menggugat keamanan dan keselamatan negara.

Setakat ini, polis menerima enam laporan daripada individu dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) berhubung dakwaan yang dibuat oleh Mohammad Nizar, katanya.Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri majlis penutupan perkhemahan dan perbarisan sambutan ulang tahun ke-42 Pasukan Kor Kadet Polis Peringkat Kontinjen Perak 2012 di kem Sentosa PLKN Chenderiang di sini, Isnin.Mohd Shukri berkata polis juga akan memanggil Mohammad Nizar bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya itu secepat mungkin.Mohammad Nizar dalam satu ceramah Ahad lepas, mendakwa beliau dikhabarkan kononnya Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil semua kepimpinan tentera dan bertanya sama ada mereka akan berbuat sesuatu jika BN tumbang.

Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan Angkatan Tentera Malaysia yang bertegas mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas Mohammad Nizar kerana mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap pasukan keselamatan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana