Remaja Ditangkap Khalwat Di Kawasan Masjid

Pasangan remaja belasan tahun ditangkap dalam satu serbuan oleh jemaah masjid di Kampung Pasir Tumboh setelah menyedari terdapat motosikal diletakkan di pekarangan kawasan tersebut, semalam.
Seorang penduduk memberi­tahu beliau melihat seorang remaja perempuan yang ber­baju kurung memasuki bilik mandi bersebelahan dengan tandas wanita. Sejurus itu seorang lelaki yang mencurigakan memasuki bilik sama. Penduduk tersebut terus memaklumkan kepada jemaah masjid yang bersiap sedia untuk mengerjakan solat.Apabila bilik mandi tersebut diserbu, remaja lelaki tersebut keluar dan melarikan diri,
dengan meninggalkan teman wanitanya yang kemudiannya menyusul keluar dengan berpakaian lengkap.
Bagaimanapun remaja lelaki terbabit yang cuba melarikan diri dari masjid itu berjaya ditahan semula oleh penduduk kampung kira-kira 200 meter dari masjid tersebut. Keluarga pasangan terbabit dipanggil dan datang ke tempat kejadian untuk berbincang sebelum membawa pulang ke rumah masing-masing.
Pasangan terbabit dipercayai bukan penduduk di kawasan berkenaan tetapi perbuatan keji itu mengejut jemaah masjid dan penduduk kampung apabila terserempak mereka melakukan perbuatan maksiat di dalam bilik mandi yang terletak di dalam kawasan masjid.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana