Lagi 80 Penyokong Setia PAS Di Bandar Baru Tok Bali Sertai Umno

Seramai 80 penyokong setia PAS di bandar baru Tok Bali secara beramai-ramai menyertai Umno kerana kecewa dengan kegagalan PAS membantu penduduk miskin dan membangunkan bandar baru berkenaan.
Mereka yang diketuai oleh Daud Hussin, 50, menyerahkan borang penyertaan kepada Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman pada satu majlis yang diadakan secara besar-besaran.

"Saya dah jadi ahli PAS dah lama tapi tiada apa-apa perubahan yang dilakukan (sejak 21 tahun lepas)," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang berkenaan.

Daud berkata apa yang ada sekarang (projek-projek pembangunan) kesemuanya dibangunkan oleh Umno walaupun parti itu tidak berkuasa di Kelantan.

Rohayah Mat, 40, berkata beliau telah menyertai PAS sejak 20 tahun lepas dan mendapati tiada apa-apa yang dilakukan parti itu selain menabur janji demi janji untuk memancing undi.

Sementara itu, Zawawi ketika ditemui pemberita selepas itu, berkata sehingga ini, lebih 3,000 anggota PAS telah menyertai Umno dan ini satu gambaran baik bahawa Umno mampu merampas empat kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Limbongan, Selising, Gaal dan Semerak pada pilihan raya umum ke-13 kelak. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana