IPF Buat Laporan Polis Terhadap Pemimpin DAP

 Parti Barisan Kemajuan India Malaysia (IPF) Perak hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pantai Remis, Nga Kor Ming daripada DAP, yang didakwa menghina Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pada 9 September lepas.
Pengerusinya S.Vasu berkata kenyataan seperti itu tidak wajar kerana ia melibatkan sensitiviti orang lain termasuk masyarakat India.
“Kenyataan yang dilontarkan kepada MB itu merupakan tindakan yang kurang ajar kerana masyarakat India di negara ini turut merasai tempias penghinaan itu.
“Kalau MB ada buat salah janganlah gunakan kulit sebagai ukuran,” katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di sini.
Vasu berkata di negara yang mempunyai masyarakat majmuk, pemimpin tidak harus mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan kaum-kaum lain.
“Penduduk India di Pantai Remis perlu sedar itulah perangai sebenar pemimpin pembangkang yang tidak menghormati rakyat khususnya kaum India,” katanya.
Baru-baru ini pemimpin DAP itu dikatakan telah menghina Menteri Besar Perak dengan gelaran Zambry Hitam Metalik.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana