Bekas Presiden MCA nafi Lompat Pembangkang


Kerja tukang sebar khabar angin dan musuh politik cuba jolok bekas Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat konon nak lompat masuk PKR atau DAP makin menjadi-jadi.
Ini ekoran perang dingin beliau dengan Presiden MCA sekarang Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan kenyataan-kenyataanya mengkritik parti itu.
Lebih menguatkan cakap-cakap itu ialah apabila bekas Menteri Pengangkutan itu tegaskan beliau tetap akan pertahankan kerusi parlimennya sekarang Pandan,di Selangor sekalipun disingkir dari MCA.
Apapun Tee Keat Sabtu tegas menafikan beliau ada sebarang rancangan untuk lompat parti.
Beliau juga menafikan ada mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim kecuali terserempak sekali sekala di sidang Parlimen.
Beliau mengaku memang ada tawaran seumpama itu tetapi bukan sesuatu perkara yang baru.
Tee Keat kata cakap-cakap itu semua kerja jahat penyebar khabar angin.
“Saya tidak hairan jika ada yang sebar saya nak masuk PAS pula,”katanya secara sinis pada wartawan mengulas hal berkenaan

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana