Lepas JAIS batal...pertemuan dengan gereja pula tangguh


Semua ini memang sudah boleh dijangka dari awal lagi.Selepas pertemuan PAS dengan JAIS dijadual Isnin semalam dibatalkan atas nasihat Sultan Selangor  kerana tidak mahu maklumat siasatan bocor,pertemuan dengan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) petang Selasa pula ditangguhkan.
Soalnya apa  ceritanya PAS nak sibuk-sibuk ‘ mencelah’ ditengah siasatan dakwaan isu  cuba murtadkan orang Islam sedangkan penjelasan mengenainya sudah diberi oleh Exco Agama Selangor yakni orang PAS sendiri.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali beritahu dalam sidang akhbar di ibupejabat parti itu bahawa pertemuan dengan DUMC  telah ditangguhkan atas permintaan pihak gereja itu sendiri menerusi sepucuk surat Isnin.
Katanya satu tarikh lain yang sesuai akan dicari bagi pertemuan itu.
Beliau berkata dalam surat DUMC kepada PAS ia juga tidak mahu ada liputan media semasa pertemuan mereka.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana