Dato Seri Najib Belasah Pihak Pembangkang di Kedah











Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak minta rakyat sedar taktik pembangkang yang  sekadar mahu membantah apa jua keputusan kerajaan dalam soal pengesahan pengundi bagi menjadikanya isu kontroversi.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Pendang sempena lawatan seharinya ke Kedah ketika diminta mengulas tindakan mereka menolak cadangan agar SPR mengunakan sistem biometrik untuk tujuan berkenaan.
Najib berkata beliau percaya jika kerajaan mahu menggunakan dakwat kekal maka pembangkang akan kata  biometrik lebih baik.

Beliau kesal melihat gelagat mereka  yang tidak ada sikap konstruktif untuk menambahbaik sistem pengesahan pengundi.
"Mereka sekadar mahu membantah apa juga yann g kita lakukan. Mereka mahu jadikannya isu kontroversi dan mencari kesalahan,”ujarnya.

Perdana Menteri menjelaskan  kerajaan memutuskan untuk menggunakan sistem biometrik kerana ia merupakan sistem yang saintifik dan tidak boleh dimanipulasi berbanding dengan dakwat kekal.
Sebelum itu dalam ucapannya depan lebih 15,000 hadirin di Himpunan Belia 1Malaysia di Mini Stadium Pendang ,Najib antara lain mempersoalkan sikap pembangkang yang tidak menghormati keluhuran perlembagaan dari aspek kerajaan yang memerintah.
Beliau mengimbas kembali bagaimana kerajaan negeri Kelantan selepas pilihanraya 2004 bertahan dengan hanya kelebihan cuma satu kerusi sahaja berbanding BN.
Sudah itu salah satu kerusi PAS di Pulai Chondong ia memang dengan hanya kelebihan dua undi sahaja.
Najib menyatakan demikian dalam kontek macam-macam  tindak tanduk pembangkang yang cuba gugat pentabiran kerajaan BN selepas pilihanraya umum 2008.











 Perdana Menteri mengulangi kenyataannya bahawa beliau tidak rela menjadi ketua  kerajaan yang dimenangi menerusi penipuan di pilihanraya.
Beliau juga mengingatkan pembangkang bahawa UMNO/BN mampu membuat perhimpunan yang lebih besar dari apa yang mereka buat di Kuala Lumpur pada 9 Julai.
Namun katanya bukan menjadi sikap UMNO/BN hendak mencetuskan suasana kacau bilau dalam negara.
Sebelum itu pada majlis kenduri rakyat di Guar Cempedak, juga dihadiri oleh lebih 15,000 orang Najib meminta rakyat di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang mula menilai perubahan sebenar sejak pilihanraya Mac 2008.
Katanya mereka perlu merenung samaada ia perubahan sebenar yang memberi manafaat atau sekadar luaran sahaja.
Menurut beliau penampilan baik sahaja tidak memberi apa-apa makna sebaliknya apa yang utama ialah kemampuan mentabir negara.
Menyentuh tentang Kedah beliau berkata BN cuma ‘ meminjamkannya ‘ sementara sahaja kepada pembangkang dan bertekad untuk merampas balik negeri itu.
Beliau mengingatkan sejak Merdeka, UMNOlah yang yang berusaha membangunkan negara, dari sebuah negara kecil sehingga mendapat pengiktirafan dunia.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana