Gelaran “Anak Babi” Perbuatan Orang Yang Tidak Berpelajaran

KUALA LUMPUR, 9 Mei – Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Prof. Datuk Dr. Muhammad Yusoff Hussein berkata tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggelar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai ‘pandikutti’ atau anak babi adalah tindakan orang tidak berpelajaran.

Tegasnya Islam melarang sama sekali perbuatan menggelar seseorang dengan panggilan yang mengaibkan apatah lagi ia membabitkan seorang pemimpin negara.
Jelas beliau selaku seorang yang dianggap berwibawa dan berpengetahuan luas dalam agama, Anwar sepatutnya tahu Islam melarang keras menggelar seseorang itu dengan panggilan yang tidak baik kerana ianya adalah satu penghinaan dan menjatuhkan maruah.
“Sekiranya Anwar berkata demikian di hadapan khalayak ramai, maka ianya adalah tidak wajar sama sekali. Sekiranya seorang pemimpin itu melakukan kesalahan, kita boleh tegur tetapi tidak boleh sama sekali maki hamun.
“Anwar telah mencerca dan menjatuhkan maruah seorang pemimpin negara. Sikapnya ini tidak melambangkan bahawa dia adalah seorang yang rasional,” katanya kepada UMNO-Online di sini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Anwar Ibrahim dalam sesi ceramahnya di hadapan penyokong Hindu di Dewan Hamzah, Klang baru-baru ini yang menggelarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai ‘pandikutti’ atau anak babi.
Bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu seterusnya berkata Anwar yang kononnya berpengetahuan luas dalam agama Islam seharusnya sedar bagaimana akhlak di dalam agama Islam.
“Janganlah kerana emosi dan kuasa, dia sanggup menjatuhkan maruah orang dan mengenepikan akhlak di dalam agama Islam. Ini bukan kali pertama Anwar bersikap sebegini dan Anwar patut berhenti bekelakuan seperti seorang yang tidak berpelajaran.
“Sepatutnya, Anwar menunjukkan tingkah laku yang baik yang mencerminkan keperibadian agama Islam sehingga boleh diikuti oleh rakan politiknya yang bukan beragama Islam, bukannya menunjukkan contoh yang tidak baik sehingga bangsa lain memandang serong terhadap Islam dan juga Perdana Menteri,” jelasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana