Suami calon PAS ambil cuti sakit 21 hari

LABIS: Maarof Abd Mutalib, suami calon PAS bagi pilihan raya kecil Dewan
Undangan Negeri (DUN) Tenang, Normala Sudirman, dilaporkan mengambil cuti sakit
selama 21 hari pada bulan ini.

Perkara ini didedahkan laman blog MARAHKU
(marahku.blogspot.com) semalam yang turut menyiarkan salinan tiga cuti sakit
yang diperoleh Maarof
Dalam artikel bertajuk "PRK TENANG: Normala's cheating husband has been keeping
secrets from her", penulis laman blog itu secara sinis mengandaikan Maarof
menghidap penyakit teruk yang mengancam nyawa sehingga diberikan cuti sakit
begitu panjang.
Beliau berkata,Maarof yang juga seorang guru di Sekolah Menengah
Kebangsaan Tenang Stesen di sini, kali pertama mendapat cuti sakit selama dua
hari, iaitu dari 6 hingga 7 Januari lalu daripada doktor sebuah klinik swasta di
sini.
Katanya, Maarof kemudian mendapat cuti sakit selama dua minggu
iaitu dari 10 hingga 23 Januari lalu daripada doktor Klinik Kesihatan Bandar
Putra di Segamat.
Klinik kerajaan itu sekali lagi memberikan cuti sakit
kepada Maarof, kali ini selama lima hari sehingga esok, apabila beliau menemui
doktor Isnin lalu.

Sementara itu, Maarof kelihatan terkejut apabila
diminta mengulas laporan itu.
"No comment," jawabnya ketika ditemui selepas
selesai makan tengahari dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,
di Kampung Tenang, di sini.

Apabila sekali lagi ditanya soalan itu,
Maarof berkata beliau masih tidak bersedia menjawabnya pada masa
ini.

"Saya tiada komen... Perkara ini saya tidak bersedia untuk
menjawabnya buat masa ini. Saya hanya mahu menumpukan serta memberi fokus untuk
menyokong isteri, Normala Sudirman, berkempen dan menghadapi pilihan raya kecil
ini," katanya.

Maarof sebelum ini menyatakan beliau mengambil cuti untuk
menemani isteri beliau sepanjang kempen pilihan raya DUN Tenang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana