Skip to main content

PM umum tiada kenaikan tol untuk 5 tahun akan datang...



Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd
Najib Tun Razak umum kerajaan akan menamatkan konsesi tol untuk Lebuhraya
Hubungan Timur-Barat menghubungkn Persilangan Salak dan Persilangan Taman
Connaught berkuatkuasa Mei tahun ini.
Ketika mengumumkan demikian di
Putrajaya, Jumaat, Perdana Menteri berkata penutupan tol itu adalah lebih awal
daripada tempoh yang sepatutnya, iaitu 2018. "Ini bermakna pengguna lebuhraya
tersebut tidak perlu lagi membayar tol di lebuhraya berkenaan,"
katanya.
Najib berkata inisiatif
penutupan awal tol itu akan memberi manfaat kepada kira-kira 39 juta pengguna
lebuhraya berkenaan.

Beliau turut mengumumkan bahawa
tiada kenaikan tol akan berlaku untuk tempoh
lima tahun akan datang bagi Lebuhraya
Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1.

Beliau berkata keputusan untuk
tidak menaikan tol selama
lima tahun itu dibuat berikutan
kesediaan dua orang ahli koporat korporat yang juga pemegang saham terbesar sebuah syarikat konsesi tol tampil
mengemukakan satu cadangan penstrukturan tol melalui perolehan aset-aset
konsesi.

Najib turut menjelaskan tiada
pampasan akan diberikan oleh kerajaan untuk semakan tol yang tertunggak dan
beliau berharap syarikat konsesi yang lain sama ada untuk mengekalkan kadar tol
atau mengurangkannya atau memansuhkan terus demi kepentingan
rakyat.

Dalam perkembangan lain, ketika
diminta mengulas peluang BN pada Pilihanraya Kecil (PRK) Tenang, Najib berkata
beliau berharap pengundi memilih wakil rakyat yang berkaliber.


"Saya masih bertenang.
Mudah-mudahan. Insyallah. Saya harap pengundi fikirkan masa depan mereka. Yang
penting mereka pilih wakil rakyat yang berkaliber." -
28/01/11.

Comments

link blog kami..
www.malaysianutd.blogspot.com
TQ
Melyuis said…
pemimpin macam tu le, yang penting faham masalah rakyat.

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana